𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐀𝐒𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐉𝐔𝐑𝐈𝐓 𝐌𝐔𝐃𝐀 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐑𝐄𝐋𝐀 (𝐀𝐏𝐌𝐒) 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐑𝐄𝐉𝐈𝐌𝐄𝐍 𝟓𝟎𝟏 𝐀𝐒𝐊𝐀𝐑 𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐇

𝟎𝟕 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐈𝐒𝐍𝐈𝐍 | 𝐊𝐄𝐌 𝐓𝐄𝐁𝐑𝐀𝐔, 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑

Majlis Perbarisan Penutup Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela (APMS) Siri 2/2025 Rejimen 501 Askar Wataniah telah berlangsung pada 07 Julai 2025 di Padang Kawad, Rejimen 501 Askar Wataniah, Kem Tebrau.

Upacara Perbarisan Penutup Kursus telah disempurnakan oleh Lt Kol Raja Mohd Azanim Putera Bin Raja Yaacob, Timbalan Komander , Rejimen 501 Askar Wataniah.

Majlis telah di hadiri oleh Puan Hajah Azreen Binti Khamis, Timbalan Pengarah mewakili Ts Dr Robert @ Kerk Swee Tian, Pengarah Politeknik Mersing Johor dan Wakil Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan.

Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela ini melibat 89 orang peserta kursus yang mengabungkan orang awam dan pelajar Politeknik Mersing Johor dan Politeknik Ibrahim Sultan. Kursus ini bermula pada 10 Jun 2025 dan berakhir pada 9 Jun 2025 selama 30 hari dianjurkan oleh Cawangan Latih, Rejimen 501 Askar Wataniah bertempat di Kem Tebrau Johor Bahru.

Di dalam Pebarisan ini beberapa anugerah telah di sampaikan

1. Anugerah Penembak Terbaik Kursus ( Ahmad Farish Danish Bin Kamalu Arifin/Politeknik Mersing)

2. Anugerah Kawad Terbaik (Muhamad Syazani Bin Kamarudzaman/ Politeknik Ibrahim Sultan)

3. Anugerah Akademik Terbaik (Yus Aireniessa Binti Mohd Idrus / Politeknik Ibrahim Sultan)

4. Anugerah Penuntut Terbaik Keseluruhan ( Puteri Nur Hanna Sephia Binti Harry/ Politeknik Ibrahim Sultan)

Majlis Perbarisan Penutup ini telah diakhiri dengan Jamuan Ringan serta sesi perjumpaan Bersama Yang Berbahagia Lt Kol Norizam Bin Sekak, Pegawai Pemerintah , Batalion Pertama, Rejimen 501 Askar Wataniah.

Read More

INDUSTRY ADVISORY COMMITTEE MEETING (JPI)

24 JUNE 2025 | TUESDAY | CYBERJAYA, SELANGOR

An Industry Advisory Committee (JPI) Meeting has been successfully held on 24 June 2025 located in CyberSecurity Malaysia, Cyberjaya. This meeting was chaired by Dato’ Ts. Dr. Hj. Amirudin bin Abdul Wahab, Chief Executive Officer of CyberSecurity Malaysia.

Mersing Polytechnic is represented by the highest management of the institution along with the CISEC PMJ Unit, with active involvement from industry representatives such as Cytron Technologies Sdn Bhd, Yann Rifft Empire, Akar Indah Engineering, Supreme Didactic, Cool Code, SL Cybersec Solutions, Suria General Supplier and Jun Chong Company Sdn BhD.

This meeting became an important platform in strengthening the strategic cooperation between PMJ and industry parties. Among the main agendas discussed include:

✅ Collaboration in professional certification for improvement of students’ skills

✅ Support for TVET grant projects

✅ Student development through training opportunities and industry guidance

✅ Implementation of the Micro-Credential program with industry

✅ Sharing of input and improvement proposals between education sector and industry

Through this meeting, PMJ remains committed to strengthening the TVET education ecosystem that continues to require the current industry as well as opening up more holistic development opportunities for its students.

Read More

KEJAYAAN KONTINJEN RELASIS JOHOR DI 7th MaLPRAC 2025

19 JUN 2025 | KHAMIS | POLITEKNIK KOTA BHARU, KELANTAN

Pada 15-19 Jun 2025, Kontinjen RELASIS Johor, yang terdiri daripada pelajar Politeknik Mersing Johor dan Politeknik Ibrahim Sultan, Johor Bahru telah menyertai 7th Malaysian Polytechnic RELASIS Annual Camp (MaLPRAC 2025) yang diadakan di Politeknik Jeli dan Politeknik Kota Bharu, Kelantan dengan penuh semangat kesukarelawanan, disiplin serta komitmen tinggi.

Daripada keseluruhan 11 kontinjen yang bertanding, RELASIS Johor telah berjaya meraih tempat ketiga keseluruhan dan secara rasmi dikategorikan dalam kategori emas.

Pencapaian Mengikut Acara:

Silang Budaya – Tempat Kedua

Kawad Kaki – Tempat Ketiga

Jalan Lasak – Tempat Keempat

Menembak – Tempat Keempat

Acara-acara yang telah berlangsung menunjukkan pelbagai kekuatan dan potensi dalam kalangan peserta RELASIS Johor. RELASIS Johor menunjukkan semangat dan potensi positif dalam semua acara yang disertai. Semoga usaha penambahbaikan yang dirancang membuahkan kejayaan dalam MaLPRAC 2026.

Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan, Tuan Hj. Ulaimi bin Yahya dan Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan, Politeknik Mersing, En. Ahmad Azlan bin Hamzah mewakili pengarah PMJ turut hadir dalam Majlis Penutup 7th MaLPRAC 2025.

Pihak Politeknik Mersing merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan Tahniah kepada semua peserta, jurulatih dan petugas yang telah mengharumkan nama negeri dengan semangat juang dan nilai kesukarelawanan yang tinggi.

Read More

LATIHAN MENEMBAK BERSEMPENA KURSUS ASAS PERAJURIT MUDA SUKARELA (APMS) SIRI 2/2025 REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH

23 JUN 2025 | ISNIN | LAPAR SASAR PULADA, ULU TIRAM, JOHOR

Jemputan Latihan Menembak Bersempena Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela (APMS) Siri 2/2025 Rejimen 501 Askar Wataniah telah berlangsung pada 23 Jun 2025.

Latihan ini melibatkan 24 Pelajar Politeknik Mersing yang sedang mengikuti kursus bersama-sama pelajar dari Politeknik Ibrahim Sultan, Politeknik Tun Syed Nasir, Institut Kemahiran Mara JB, KKTM Ledang.

Wakil Pengarah Politeknik Mersing telah bersama menguji kebolehan menembak sasaran dan pertandingan menembak piring pada jarak 100m. Politeknik Mersing telah mendapat hadiah saguhati dan pertandingan tembak piring ini telah dimenangi oleh wakil IKM JB.

Latihan menembak diakhiri dengan sesi penyampaian cenderamata Pengarah Politeknik Mersing kepada Lt Kol Ardi Bin Mat Zain, Pegawai Tadbir yang mewakili Lt Kol Raja Mohd Azanim Putera Bin Raja Yaacob, Timbalan Komander , Rejimen 501 Askar Wataniah sebagai tanda ingatan Politeknik Mersing Johor dan Rejimen 501 Askar Wataniah.

Read More

EMPAT PEGAWAI PISPA POLITEKNIK MERSING DITAULIAHKAN PANGKAT MEJAR BERSEKUTU (PA) DI 1st MalCiDac 2025

18 JUN 2025 | RABU | PERAK

Julung kali diadakan 1st POLYCC Malaysian Civil Defence Annual Camp and Commissioning (MalCiDAC) 2025 yang menghimpunkan peserta dari politeknik dan kolej komuniti seluruh Malaysia di Politeknik Sultan Azlan Shah , Behrang.

Majlis telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri yang hadir mewakili YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Seramai 4 Pegawai PISPA Politeknik Mersing telah ditauliahkan pangkat Mejar Bersekutu (PA) dan menerima watikah bersempena 1st MalCiDac PolyCC 2025 ini adalah:

1. Mejar Bersekutu (PA) Siti Nurazani binti Mustaffa

2. Mejar Bersekutu (PA) Ts. Zainolrin bin Saari

3. Mejar Bersekutu (PA) Zulhazmi bin Kassim

4. Mejar Bersekutu (PA) Muhammad Amirul bin Abdullah

Semoga penganugerahan ini mendorong lebih banyak sumbangan dan komitmen dalam membimbing pelajar serta memperkukuh peranan PISPA sebagai platform pembangunan sahsiah, kepimpinan dan kesiapsiagaan bencana di peringkat institusi pengajian tinggi.

Tahniah dan selamat maju jaya!

Read More

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM SEJATI MADANI@KPT: PENANAMAN CILI FERTIGASI

16 JUN 2025 | ISNIN | KAMPUNG ASLI TANAH ABANG, MERSING

Majlis perasmian Program Sejati MADANI@ KPT: Penanaman Cili Fertigasi telah berjaya dianjurkan dengan jayanya pada 16 Jun 2025 (Isnin) bertempat di Kampung Tanah Abang, Mersing. Program ini merupakan satu inisiatif bagi membantu meningkatkan sosioekonomi komuniti setempat menerusi projek pertanian berasaskan fertigasi.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Dr. Hj. Mohd Daud bin Isa, Pengarah Kanan (Akademik), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK). Turut hadir, Ts. Dr. Robert@ Kerk Swee Tian, Pengarah Politeknik Mersing, En Faisal bin Long, Pengarah JAKOA Negeri Johor, Pn. Marfi’ah binti Sodono, Pegawai Pertanian Daerah Mersing dan En. Nor Faizzi bin Sulaiman, Pembantu Pembangunan Masyarakat Pejabat Kemajuan Orang Asli Daerah (PKOAD) Mersing.

Sebanyak 5,000 anak pokok cili berjaya ditanam hasil daripada peruntukan geran berjumlah RM100,000 dari kerajaan dan Kementerian Pendidikan Tinggi. Projek penanaman cili fertigasi ini merupakan kerjasama awal antara Politeknik Mersing dan komuniti Orang Asli di Kampung Tanah Abang dalam usaha membina hubungan strategik dan memperkasa komuniti luar bandar melalui program berasaskan kemahiran dan ekonomi. Selepas ini, lebih banyak program kolaborasi bersama komuniti orang asli akan dilaksanakan merangkumi pelbagai bidang seperti latihan pertanian moden, program pendidikan dan aktiviti kesukarelawanan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada barisan Pengurusan Tertinggi Politeknik Mersing, jawatankuasa pelaksana, agensi-agensi rakan strategik serta penduduk Kampung Tanah Abang yang turut serta menjayakan program ini.

Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan demi menyemarakkan nilai MADANI dalam kalangan masyarakat serta menyumbang kepada kesejahteraan komuniti setempat.

Read More

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐀𝐒𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐉𝐔𝐑𝐈𝐓 𝐌𝐔𝐃𝐀 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐑𝐄𝐋𝐀 (𝐀𝐏𝐌𝐒) 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟓

𝟏𝟓 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐀𝐇𝐀𝐃 | 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐑𝐔

Majlis Perbarisan Pembukaan Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela (APMS) Siri 2/2025 Rejimen 501 Askar Wataniah telah berlangsung pada 15 Jun 2025.

Majlis telah di hadiri oleh wakil Pengarah Politeknik Mersing Johor dan Wakil Pengarah Politeknik Ibrahim. Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela ini melibat 89 orang peserta kursus yang mengabungkan orang awam dan pelajar Politeknik Mersing Johor dan Politeknik Ibrahim Sultan. Kursus ini bermula pada 10 Jun 2025 dan berakhir pada 9 Julai 2025 selama 30 hari dianjurkan oleh Cawangan Latih, Rejimen 501 Askar Wataniah bertempat di Kem Tebrau Johor Bahru.

Read More

𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀 𝐊𝐄𝐉𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐔𝐊𝐈𝐑: 𝐒𝐈𝐍𝐄𝐑𝐆𝐈 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐃𝐈𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐀𝐒 𝐈𝐁𝐍𝐔 𝐒𝐈𝐍𝐀 & 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐀𝐆𝐀𝐌𝐀 𝐈𝐁𝐍𝐔 𝐒𝐈𝐍𝐀, 𝐁𝐀𝐓𝐀𝐌

𝟐𝟑 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐉𝐔𝐌𝐀𝐀𝐓 | 𝐁𝐀𝐓𝐀𝐌, 𝐈𝐍𝐃𝐎𝐍𝐄𝐒𝐈𝐀

Politeknik Mersing meneruskan komitmen ke arah globalisasi pendidikan melalui jaringan strategik dan sinergi ilmu antarabangsa dengan institusi di Kepulauan Riau, Indonesia iaitu Universitas Ibnu Sina (UIS) dan Sekolah Tinggi Agama Ibnu Sina (STAI), Batam.

💼 Delegasi dari PMJ diketuai oleh:

📌 Ts. Dr. Robert @ Kerk Swee Tian, Pengarah

📌 Pn. Azreen Binti Khamis, Timbalan Pengarah

📌 Cik Norhaslinda Binti Muhamadin, Pegawai Pengantarabangsaan

📌 Ts. R. Faraazlina Binti R. Mohamed Junior, Ketua Unit Komunikasi Korporat

✨ Delegasi ini disambut oleh barisan pengurusan dan pensyarah dari kedua-dua Institusi yang diketuai oleh Assoc. Prof. Dr. Ir . Larissang, MT.,IPU, Rektor UIS dan Dr. H. Muhammad Juni Beddu, Lc., MA, Ketua STAI. Melalui pertemuan dan perbincangan berfokus, kedua-dua pihak bersetuju untuk merintis kerjasama dalam aspek akademik, latihan industri, pertukaran pelajar, serta penglibatan dalam penganjuran bersama dalam Liga Ilmu Serantau (LIS) 2025 kali ke-11.

📍Langkah ini membuktikan komitmen PMJ dalam memperluas jalinan TVET merentas sempadan dan membina masa depan pendidikan yang lebih inklusif dan berimpak tinggi.

💡 Bersama kita menginspirasi pendidikan, merentas sempadan!🌍

Read More

𝐒𝐈𝐍𝐄𝐑𝐆𝐈 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐃𝐈𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐉𝐀𝐌𝐁𝐈 & 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐋𝐈𝐆𝐀 𝐈𝐋𝐌𝐔 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔 (𝐋𝐈𝐒) 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐊𝐄 𝟏𝟏 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍𝐈 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐒𝐑𝐀𝐓 (𝐋𝐎𝐈)

𝟐𝟏 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐑𝐀𝐁𝐔 | 𝐉𝐀𝐌𝐁𝐈, 𝐈𝐍𝐃𝐎𝐍𝐄𝐒𝐈𝐀

Politeknik Mersing mengorak langkah dalam memperkukuh kerjasama global menerusi Mesyuarat Penganjuran Liga Ilmu Serantau (LIS) 2025 dan Majlis Menandatangani Surat Hasrat (Letter of Intent – LOI) bersama Politeknik Jambi, Indonesia.

💼 Delegasi PMJ diketuai oleh:

📌 Ts. Dr. Robert @ Kerk Swee Tian, Pengarah

📌 Pn. Azreen Binti Khamis, Timbalan Pengarah

📌 Cik Norhaslinda Binti Muhamadin, Pegawai Pengantarabangsaan

📌 Ts. R. Faraazlina Binti R. Mohamed Junior, Ketua Unit Komunikasi Korporat

Delegasi ini disambut oleh barisan pengurusan dan pensyarah dari Politeknik Jambi yang diketuai oleh Ir. Hj Hilda Porawati M.T, Pengarah Politeknik Jambi. Kerjasama ini menandakan komitmen berterusan PMJ dalam memacu sinergi antarabangsa, khususnya dalam bidang pendidikan dan TVET. Inisiatif ini bakal membuka peluang kepada pelbagai program mobiliti pelajar dan pensyarah, perkongsian kepakaran, serta penganjuran aktiviti akademik berimpak tinggi di peringkat serantau.

💡 Bersama kita menginspirasi pendidikan, merentas sempadan!🌍

Read More

𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀 𝐊𝐄𝐉𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐔𝐊𝐈𝐑 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐒𝐈𝐍𝐄𝐑𝐆𝐈 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆 & 𝐁𝐈𝐍𝐀 𝐈𝐍𝐒𝐀𝐍𝐈 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐘

𝟐𝟎 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐈𝐒𝐍𝐈𝐍 | 𝐉𝐀𝐊𝐀𝐑𝐓𝐀, 𝐈𝐍𝐃𝐎𝐍𝐄𝐒𝐈𝐀

Politeknik Mersing terus memperkukuh jaringan kerjasama strategik bersama Bina Insani University menerusi Lawatan Kerja dan Majlis Menandatangani Letter of Intent (LOI) yang telah berlangsung pada 19-20 Mei 2025 di Bina Insani University, Jakarta, Indonesia.

Hubungan strategik ini telah bermula sejak 19 September 2021 melalui LOI pertama dan ianya diteruskan melalui pelbagai kolaborasi dalam bidang akademik, mobiliti dan pembangunan kapasiti pendidikan TVET.

💼 Delegasi dari Politeknik Mersing diketuai oleh:

📌 Ts. Dr. Robert @ Kerk Swee Tian, Pengarah, Politeknik Mersing

📌 Pn. Azreen Binti Khamis, Timbalan Pengarah

📌 Cik Norhaslinda Binti Muhamadin, Pegawai Pengantarabangsaan

📌 Ts. R. Faraazlina Binti R. Mohamed Junior, Ketua Unit Komunikasi Korporat

Kehadiran delegasi Politeknik Mersing disambut mesra oleh barisan pengurusan tertinggi BIU:

1. Assoc. Prof. Dr. Indra Muis S. S., MM – Rektor Bina Insani University

2. Kristiana Widiawati, S.Pd., M.M., CMA – Dekan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan

3. Rita Wahyuni Arifin, S.Kom., M.Kom. – Dekan Fakulti Informatik dan Rekabentuk

Turut berlangsung sebagai langkah permulaan bagi tahun 2025 ialah penyertaan Politeknik Mersing dalam The 1st International BIU Conference 2025, di mana Pengarah Politeknik Mersing telah menyampaikan ucaptama bertajuk “Pelaksanaan TVET dari Perspektif Malaysia & POLYCC: Halatuju, Cabaran dan Harapan” dan seterusnya diikuti dengan Timbalan Pengarah berkongsi topik “Artificial Intelligence (AI) for Academic Writing”.

🎯 Kandungan ucaptama ini membuka wacana antarabangsa berkenaan amalan terbaik dalam sistem pendidikan TVET Malaysia, POLYCC dan Politeknik Mersing serta peranan AI dalam meningkatkan kualiti penulisan ilmiah dan penyelidikan.

🤝 Sinergi ini terus membuka peluang kerjasama dalam bidang:

🔹 Mobiliti pelajar & pensyarah

🔹 Pembangunan kurikulum TVET & keusahawanan

🔹 Penyelidikan bersama dan inovasi digital

🌏 Semoga kerjasama ini terus memperkukuh usaha pengantarabangsaan dan mengangkat nama Politeknik Mersing ke peringkat global.

💡 Bersama kita menginspirasi pendidikan, merentas sempadan!🌍

Read More