Tatacara Permohonan Sijil / Diploma Dan Transkrip Gantian

 

 (Permohonan ini bagi sijil atau transkrip yang hilang atau mengalami kerosakan)

1.    Permohonan bagi Sijil/Diploma Gantian. Lulusan perlu mengemukakan dokumen - dokumen berikut:
         1.1    Laporan polis berkenaan kehilangan/kerosakan Sijil/Diploma.
         1.2    Surat rasmi permohonan untuk mendapatkan Sijil/Diploma Gantian. Surat permohonan ini perlu mempunyai maklumat-maklumat berikut :
                 a.    Nama penuh
                 b.    Nombor kad pengenalan
                 c.    Nombor Pendaftaran Pelajar.
                 d.    Nama program Pengajian di Politeknik
                 e.    Nombor telefon yang boleh dihubungi.
        1.3    Salinan Sijil/Diploma asal. (Jika ada)

2.    Permohonan bagi Transkrip Gantian. Lulusan perlu mengemukakan dokumen berikut:
       1.1    Laporan polis berkenaan kehilangan/kerosakan Transkrip.
       1.2    Surat rasmi permohonan untuk mendapatkan Transkrip Gantian. Surat permohonan ini perlu mempunyai maklumat-maklumat berikut:
               a. Nama penuh
               b. Nombor kad pengenalan
               c. Nombor Pendaftaran Pelajar.
               d. Nama program Pengajian di Politeknik
               e. Nama syarikat dan alamat tempat latihan industri
               f. Nombor telefon yang boleh dihubungi.
         1.3    Salinan Transkrip asal. (Jika ada)
         1.4    Salinan slip peperiksaan setiap semester. (Jika ada)
         1.5    Salinan slip keputusan Latihan Industri. (Jika ada)

3.    Bagi pemohon yang ingin mendapatkan gantian bagi Sijil/Diploma dan Transkrip, permohonan hanya perlu dibuat dalam satu surat rasmi permohonan sahaja.
4.    Hantarkan permohonan anda ke Unit Peperiksaan dalam bentuk softcopy melalui alamat emel  berikut: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
5.    Permohonan Lulusan akan diproses dalam masa 14 hari bekerja.
6.    Permohonan Sijil/Diploma atau Transkrip anda akan dikeluarkan dalam bentuk hardcopy.
7.    Cara pengeluaran Sijil/Diploma dan transkrip oleh Unit Peperiksaan PMJ:
       I.    Ambil sendiri di Unit Peperiksaan PMJ.
      II.    Diwakilkan. (Hadir bersama surat rasmi kebenaran untuk mewakilkan pemohon)

     III. Diposkan dengan menggunakan syarikat penghantaran (atas persetujuan pemohon - Pihak PMJ tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan / Kehilangan semasa penghantaran)

     
8.    Setiap permohonan Sijil/Diploma dan Transkrip gantian akan dikenakan bayaran seperti berikut:

 Perkara  Bayaran (RM)
 Sijil/Diploma (versi BM)  50.00
 Sijil/Diploma (versi BI)  50.00
 Transkrip  10.00

 9.    Bayaran menggunakan Money Order (dibeli di pejabat pos) Ke atas nama Pengarah Politeknik Mersing

10.    Sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Peperiksaan Politeknik Mersing di talian 07-7980001 samb. 2518 emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.