Kumpulan pensyarah dari Politeknik Mersing telah berjaya menerima Geran Penyelidikan TVET atau T-ARGS berjumlah RM90,000.00 bagi penyelidikan bertajuk Smart ZEB System.

Penyelidikan ini diketuai oleh Encik Zainolrin Bin Saari bersama-sama dengan Puan Suhana Binti Ismail, Puan Siti Farah Binti Hussin dan Encik Mohd Hazwan Bin Mohd Radzi.

Majlis penyerahan geran telah disempurnakan oleh YBrs. Dr Mohammad Naim bin Yaakub, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti secara atas talian. Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah, Puan Hilmun Binti Mohamed dan Timbalan Pengarah PMJ bersama-sama dengan Ketua Jabatan JTMK dan Ketua Unit Penyelidikan dan Inovasi PMJ