Terima kasih Malaysia Digital Economy Corporation - MDEC diatas jemputan ke My Digital Maker Fair 2019. Seramai 34 orang pelajar Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) dan 3 orang pensyarah telah dijemput bagi menyertai karnival ini yang berlangsung di MITEC Kuala Lumpur. Para pelajar didedahkan dengan kerjaya dalam bidang digital, sesi perkongsian ilmu serta pameran teknologi dalam pendidikan.