Β 
𝟐𝟐 π…π„ππ‘π”π€π‘πˆ πŸπŸŽπŸπŸ’ | πŠπ‡π€πŒπˆπ’ | 𝐅𝐏𝐓𝐕, π”π“π‡πŒ
Β 
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersial (UPIK) dan Jabatan Perdagangan (JP) telah berkunjung ke Jabatan Pengajian Teknikal dan Vokasional, FPTV, UTHM dengan hasrat mendapatkan pandangan dan idea berkenaan pengurusan produk makanan dan minuman yang dihasilkan oleh pelajar semester akhir Jabatan Perdagangan. Inisiatif ini adalah usaha awal UPIK PMJ dan JP untuk mengangkat produk pelajar ke dunia komersial.
Β 
Delegasi PMJ disambut oleh Dekan FPTV iaitu Professor Ts. Dr. Abdul Rasid bin Abdul Razzaq, Ts. Dr. Mohd Hasril bin Amiruddin; Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa), En. Afif Naim Abdul Rani; (Felo Industri), Pn. Nur Diyana binti Mohd Yazid dan beberapa staf dari fakulti tersebut. Manakala perwakilan PMJ terdiri daripada Dr. Norazlina binti Ahmad; Ketua Unit Inovasi dan Kormesial (UPIK), Dr. Azman bin Talib; Pegawai Geran dan Komersial, Pn. Norazida binti Ali (Pegawai Penyelidikan), Pn. Norbizuna binti Abdul Rashid; Ketua Jabatan Perdagangan (JP), Pn. Zaluna binti Basiron; Penyelaras Projek Pelajar JP dan Pn. Jama’latun Sa’diah binti Ramli; Penyelaras Keusahawanan JP.
Β 
Pertemuan dimulakan dengan ucapan aluan dari kedua pihak dan diteruskan dengan penerangan inisiatif UTHM dalam menyediakan lebih ramai pelajar menceburi bidang TVET dan menaiktaraf tahap akademik tenaga pengajar sehingga ke peringkat Doktor Falsafah. Selain itu, UTHM juga giat menyediakan program-program yang memberi nilai tambah kepada tenaga pengajar melalui kemahiran yang ditawarkan.
Sesi perbincangan telah berjalan dengan harmoni dan beberapa langkah kolaborasi telah diutarakan seperti berikut:
1. Mengadakan sesi pertukaran pengetahuan (knowledge transfer) kepada staf dan pelajar PMJ untuk menyambung pengajian dalam bidang TVET;
2. Menghasilkan kertas kajian dan penerbitan bersama;
3. Menyedia ruang kepada pelajar FPTV untuk mengadakan pameran di PMJ.
Β 
Perbincangan dan hala tuju produk makanan dan minuman hasil daripada kreativiti pelajar PMJ juga turut dibincangkan. Hasil perbincangan yang energetik telah memberi perspektif yang baharu kepada pensyarah JP dalam meneruskan kesinambungan produk makanan dan minuman pelajar yang mempunyai potensi untuk dikomersialkan.
Perwakilan PMJ juga telah dibawa melawat ke kiosk Caffeine & Calories by Gastro Scholar untuk menikmati kopi hasil tangan barista yang dilahirkan oleh fakulti tersebut.
Kunjungan ini diakhiri dengan sesi bergambar dan bertukar cenderamata sebagai tanda kenangan.