Satu majlis perjumpaan antara Puan Hajjah Fadzillah Binti Mohd Yusof selaku Pengarah Politeknik Mersing yang baru bersama kakitangan Politeknik Mersing telah diadakan bertujuan untuk sesi taaruf dan seterusnya menyampaikan amanat bersempena dengan tahun baru 2024. Amanat yang disampaikan menggariskan beberapa fokus sejajar dengan Pelan Hala Tuju Transformasi Politeknik 2023-2030.
Ucapan Pengarah dimulakan dengan rangkuman pencapaian Politeknik Mersing sepanjang tahun 2023. PMJ telah melaksanakan 26 pencapaian berimpak tinggi dimana 5 di peringkat Antarabangsa, 8 di peringkat Kebangsaan, 2 di peringkat JPPKK, 7 di peringkat Komuniti dan 4 di peringkat PMJ. Tahniah diucapkan untuk semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Kejayaan cemerlang adalah hasil kerja bersama, menggambarkan kebijaksanaan, usaha, dan komitmen dari setiap individu yang terlibat.

Dengan #pmjterbangtingi PMJ menyasarkan beberapa program berimpak tinggi dalam memastikan semua KPI PMJ bagi tahun 2024 dapat dicapai 100%. Antaranya ialah Seminar Liga Ilmu Serantau 2024 (LIS ’24), CSR Perdana, Sukan Serantau 2024, CIEF, STEM Innovation 2024, Turki Benchmarking & PSR, CRAC’24, IP Big Stage Colloquium dan banyak lagi. Kesemua program ini memenuhi 7 Teras fokus utama iaitu Graduan TVET Berkualiti, Pemantapan Program Pengajian, Kemampanan Governan & Tadbir Urus, Pemerkasaan Pusat teknologi, Keusahawanan Besenergi, Kelestarian Teknologi Hijau (smart Green), Sinergi Industri. Di samping itu, fokus ini juga memenuhi hala tuju transformasi Politeknik 2023-2030 yang menggariskan beberapa perkara antaranya TVET for all, Kemahiran tinggi dan program fleksibel.

Selain itu, Puan Pengarah turut menggalakkan kakitangan PMJ untuk memupuk sikap “self of belonging” dan mengamalkan kerjasama “berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing”. Sebagai kakitangan yang berdedikasi, Puan Pengarah juga menyaran setiap warga untuk mempunyai perancangan kerjaya dan naik pangkat dengan sistematik. Antara kata-kata yang sering diucapkan oleh Puan Pengarah ialah semua kakitangan perlu kekal berakar ke bumi, menggapai ke langit demi kecemerlangan yang berterusan.

Program kali ini telah dianjurkan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan dengan jayanya. Anugerah Pekerja contoh turut dianugerahkan kepada Ts. Hanis Basira Binti Abu Hasan, Puan Nur Hanis Binti Mohd Zain dan Puan Norshaliza Binti Zakariya.
Semoga segala intipati yang disampaikan oleh Puan Pengarah dapat memacu kecemerlangan dan seterusnya merealisasikan PMJ sebagai “custodian of knowledge”. Di harap semua Pegawai dan kakitangan PMJ kekal komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik. Kecemerlangan dan keunggulan adalah satu kemestian, kerana dari sinilah penilaian dan pemantauan terhadap kesemua polisi dan dasar negara dilakukan. Insha Allah, lebih banyak kejayaan bakal kita capai selepas ini bagi memenuhi aspirasi rakyat dan keperluan negara.