Sesi lawatan industri pelajar semester 5 Program Diploma Kejuruteraan Elektrik (DET) ke Iskandar Malaysia Studio, Johor telah dijalankan bagi memberikan peluang kepada pelajar untuk memahami bagaimana sistem kawalan bagi audio dan pencahayaan serta sistem BIPV dilaksanakan. Ini boleh termasuk penjelasan tentang teknologi panel solar, proses kawalan sistem, dan sistem pengoperasian di Iskandar Malaysia Studio.
Lawatan ini disertai oleh 37 orang pelajar dan 5 orang pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) yang diketuai oleh Ts. Raja Faraazlina bersama Ts. Norsaadah Binti Sapon, Pn. Turina Binti Tumeran, Pn. Hasnizah Binti Geno dan Pn. Fatin Nabilah Binti Musa.
 
Dengan menghubungkan pengalaman daripada lawatan ini dengan teori yang dipelajari di dalam kelas, ianya memberi pemahaman yang lebih mendalam dan secara praktikal mengenai aplikasi teori-teori tersebut di industri. Pelajar dapat melihat secara langsung bagaimana konsep-konsep teori yang dipelajari di kelas diterapkan terutamanya melibatkan sistem kawalan dan sistem perlindungan voltan tinggi. Contohnya, mereka boleh melihat bagaimana ciri-ciri panel solar, inverter, dan sistem kawalan audia dan pencahayaan berfungsi.
 
Semoga dengan lawatan ini, sedikit sebanyak dapat meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai operasi dan praktikal di industri yang terbaik dalam bidang tenaga solar, memberi mereka nilai tambah apabila melibatkan diri dalam industri ini pada masa akan datang. Terima kasih buat Iskandar Malaysia Studio diatas perkongsian ilmu, kemahiran dan komitmen sepanjang program ini berlangsung.