𝟑-𝟓 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟑 | 𝐁𝐈𝐍𝐀 𝐈𝐍𝐒𝐀𝐍𝐈 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈, 𝐁𝐄𝐊𝐀𝐒𝐈, 𝐈𝐍𝐃𝐎𝐍𝐄𝐒𝐈𝐀

Unit Pengantarabangsaan PMJ telah melaksanakan lawatan kerja bersama rakan kolaborasi Indonesia iaitu Bina Insani Universiti. Lawatan ini bertujuan untuk memperkenalkan Politeknik Mersiing secara amnya dan program yang dianjurkan oleh unit pengantarabangsaaan secara khususnya. Sesi pembentangan dan sola jawab ini melibatkan 2 orang pegawai dari Politeknik Mersing iaitu:-
1) Ts. R. Faraazlina Binti R. Mohamed Junior
2) Cik Norhaslinda Binti Muhamadin

Manakala dari Bina insani Universiti adalah terdiri daripada pengurusan tertinggi, Dekan Fakulti, Ketua program bagi Jabatan IT dan Bisnis. Lebih manis lawatan kali ini juga disantuni oleh Rektor BIU iaitu Dr. Indra Muis. Intipati perbincangan selama 2 jam ini adalah tentang program-program yang telah dilaksana juga program-program yang dirancangan bagi unit pengantarabangsaan kedua-dua institusi.

Selain itu, pegawai yang terlibat dibawa melawat sekitar bangunan university, fasiliti makmal, kelas dan juga tempat-tempat menarik di Bandar Bekasi. Temubual di konti radio siswa kampus Merdeka turut dilaksanakan yang lebih ke arah mempromosikan program-program pengajian dan pengantarabangsaan antara kedua-dua belah pihak. Diharap dengan lawatan ini, hubungan kolaborasi yang telah terjalin bertambah erat bagi memberi impak yang positif ke arah pemantapan PMJ sebagai sebuah Institusi TVET yang terbaik di lensa global.