Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti telah mengumumkan Politeknik Mersing sebagai penerima Anugerah Smartgreen POLYCC Terbaik bagi Tahun 2022 di Majlis Aspirasi Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Tahun 2023 yang telah diadakan di Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak.

Majlis ini telah dihadiri oleh semua Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah Kanan, Pengarah Bahagian di JPPKK, Pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti, Timbalan Pengarah Akademik, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik dan Timbalan Pengarah Pengurusan dari semua Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia.