31 Januari 2023. Pusat Pemindahan Sementara (PPS) PMJ telah ditutup secara rasminya pada hari ini. PPS ini telah mula dibuka pada 24 Januari 2023 lalu bagi menempatkan mangsa- mangsa banjir yang terjejas di daerah Mersing.
PPS ini telah memuatkan seramai 353 mangsa yang terdiri daripada 103 keluarga di daerah ini.
Ucapan terima kasih kepada anggota PDRM, JKM, APM, KKM dan juga warga PMJ yang turut sama menghulurkan khidmat bantuan kepada mangsa banjir selama 7 hari mereka di sini.