21 Jan 2023 - Selesai semalam perjumpaan bersama Jawatankuasa Persatuan Alumni Politeknik Mersing (ALUMERS) dan pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) Politeknik Mersing di University Of Reading, Nusajaya Johor. Perjumpaan melibatkan perancangan aktiviti bersama Alumers dan PMJ pada tahun 2023 dan penyerahan sumbangan Almameter ALUMERS kepada pihak HEP berupa televisyen dan android box untuk kegunaan PMJ. Selain itu, sumbangan meja batu kepada pihak HEP bagi menjayakan laman HEP dan sumbangan kelengkapan bilik aktiviti pelajar seperti alas meja sebanyak 6 buah dan tikar getah. Hadir sama, wakil PMJ diketuai oleh KJ HEP PMJ En Mohd Fairullah Bin Muhammadondan dan wakil ALUMERS diketua oleh YDP Alumers iaitu Cik Nur Syamina Aina Binti Jalal. Semoga hubungan dua hala antara ALUMERS dan pihak pengurusan PMJ akan dapat meningkatkan manfaat antara dua pihak.