6 Disember 2022 - Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) telah menganjurkan Majlis Apresiasi PMJ 2022 bertempat di Dewan Permata Marjan yang bertemakan songket dan tanjak.
Majlis ini bertujuan untuk mengiktiraf dan menghargai warga PMJ yang telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang sepanjang tahun 2022.
 
Turut diserikan dengan kehadiran Puan Hilmun binti Mohamed, Pengarah PMJ, diiringi Timbalan Pengarah Akademik, Tuan Haji Hamzah bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Ts Suhana binti Ismail, ketua-ketua jabatan/unit, barisan pensyarah serta staf-staf sokongan.
Berikut merupakan senarai pemenang:
 
1. Anugerah Khas Pengarah - Ts. Murugan A/L Krishnan. Merupakan anugerah yang diberikan kepada individu yang telah memberikan sumbangan yang besar ke arah pencapaian dan pembangunan TVET di PMJ.
2. Anugerah Tokoh Kepimpinan - Tn. Hj. Hamzah B. Zakaria. Dianugerahkan kepada pegawai yang mempamerkan budaya kecemerlangan dan seimbang dalam bidang tugas masing-masing.
3. Anugerah Kepimpinan Sukan / Kokurikulum/ Kelab - Pn. Noor Hayati Binti Basan. Anugerah Kepimpinan Sukan / Kokurikulum/ Kelab dianugerahkan kepada pegawai yang menunjukkan pencapaian
terbaik dalam aktiviti kokurikulum mencakupi sukan, kelab/persatuan, unit beruniform dan kebudayaan di peringkat tertinggi.
4. Anugerah Pensyarah Harapan - Cik Nurulfarida Binti Mohamad Nadzri. Anugerah Pensyarah Harapan dianugerahkan kepada Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) yang berjaya mempamerkan budaya kecemerlangan yang seimbang dalam penyampaian PdP, pembangunan diri dan sumbangan kepada negara.
5. Anugerah Sukarelawan - Jabatan Pengajian Am. Dianugerahkan kepada jabatan/unit yang memberikan sumbangan dan khidmat bakti untuk memimpin pelajar dalam sukarelawan dan aktif membantu kesejahteraan komuniti melalui perkongsian idea, CSR, kemahiran, kepakaran serta tenaga terutamanya dalam bidang TVET.
6. Anugerah Pengajaran dan Pembelajaran - Pn. Turina Binti Tumeran (JKE), En. Mohd Fadli Bin Ahdon (JTMK), Pn. Azlina Binti Hamdan (JP), Y.M Tengku Nurul Azlina Binti Tengku Norman (JMSK) & Pn. Nurul Fathihah (JPA). Dianugerahkan kepada PPPT yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang PdP dengan penghasilan kaedah yang berimpak tinggi.
7. Anugerah Platinum - Ts. Dr. Norhafizah Binti Ismail. Dianugerahkan kepada PPPT yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang PdP dengan penghasilan kaedah yang berimpak tinggi.
8. Anugerah Emas - Ts. Murugan A/L Krishnan. Dianugerahkan kepada PPPT yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang inovasi dengan hasil dapatan yang berimpak tinggi.
9. Anugerah Mentor Keusahawanan - Pn. Jama’latun Sa’diah Binti Ramli. Anugerah Mentor Keusahawanan bertujuan mengiktiraf PPPT yang menunjukkan kecemerlangan melaksanakan aspirasi keusahawanan kepada pelajar dan institusi.
10. Anugerah Kakitangan Sokongan Cemerlang - Pn. Nazatul Hidayu Binti Armia. Dianugerahkan kepada pekerja yang mempamerkan budaya kecemerlangan dan seimbang dalam bidang tugas masing-masing.
11. Anugerah Penasihat Akademik Prihatin - Pn. Turina Binti Tumeran (JKE), Pn. Munirah Binti Abd. Rahman (JTMK), Pn. Nuhafizzah Binti Tamsir (JP). Anugerah Penasihat Akademik Prihatin dianugerahkan kepada PA yang menunjukkan sikap prihatin dalam menguruskan pelajar dan membantu pelajar sepanjang pengajian mereka.
12. Anugerah BITARA - Ts. Zainolrin Bin Saari. Anugerah Bitara dianugerahkan kepada pegawai yang menyumbangkan tenaga dalam pelbagai aspek.
 
Tahniah diucapkan kepada penganjur majlis; Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), penerima anugerah dan semua yang terlibat.
Semoga warga PMJ akan terus berusaha demi meningkatkan lagi prestasi dan nama PMJ dengan pencapaian, kejayaan dan kecemerlangan yang lebih gemilang pada tahun yang akan datang.
“Semangatmu Dijulang, Keperibadianmu Terbilang”