Pelajar trek Keselamatan Maklumat dari Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK) dinobatkan Naib Juara dalam Pertandingan Inovasi Pembelajaran Peringkat Antarabangsa (PIP2022) anjuran University Teaching Learning Center (UTLC) Universiti Utara Malaysia.

Sekalung tahniah diucapkan kepada kumpulan pelajar Trek Keselamatan Maklumat dari Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK ) dibawah seliaan Cik Nurulfarida binti Mohamad Nadzri yang membawa projek akhir mereka iaitu " Prototype FIS Lab Fingerprint Doorlock " kerana telah dinobatkan Naib Juara dalam Pertandingan Inovasi Pembelajaran Peringkat Antarabangsa (PIP 2022) anjuran University Teaching Learning Center (UTLC), Universiti Utara Malaysia bagi Kategori IPT.
 
Pertandingan ini telah pun berlangsung sepanjang bulan September yang lalu. Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada pelajar Trek Keselamatan, JTMK iaitu :
1. Norazam Fikri Bin Mohamad Nasir
2. Siti Hajar Binti Abd Talib
3. Nurul Nur Ain Binti Bahrin