6 September 2022, Politeknik Mersing menyantuni kunjungan hormat deligasi pegawai-pegawai daripada Unit TVET Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka. Deligasi ini diketuai oleh Pn. Zaiha Binti Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit TVET dan diiringi seramai 23 orang pegawai daripada JPN Negeri Melaka, PPD Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.
Kehadiran mereka telah disambut baik oleh Pn Hilmun Mohamed, Pengarah PMJ, Tn Hj Hamzah Zakaria, Timbalan Pengarah Akademik, Ts Suhana Ismail, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik serta beberapa Ketua Jabatan dan Ketua Unit turut sama meraikan kehadiran mereka.
 
Kunjungan mereka dimulakan dengan sesi taaruf oleh Pn Pengarah PMJ, dan diteruskan dengan pembentangan Sepintas Lalu PMJ diikuti sesi Perkongsian Success Story PMJ.
Seterusnya deligasi ini dibawa kepada lawatan penanda arasan pemerkasaan TVET PMJ di:
 
- Makmal Projek Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE)
- Makmal Power System (JKE)
- Makmal Electrical Machine (JKE)
- Cyber Range Academy JTMK
- Fasiliti UIDM di Dewan Permata Marjan
 
Semoga kunjungan ini dapat memberi manfaat kepada kedua-dua jabatan seterus agenda TVET terus dipacu ke arah kejayaan dan kecemerlangan.