16 Jun 2022 - Politeknik Mersing telah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Politeknik & Kolej Komuniti (PoliKK)  Zon Johor di Dewan Permata Marjan, Politeknik Mersing yang telah disempurnakan oleh Encik Roslee bin Yahya, Pengarah Kanan (Kompetensi) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Ts. Noor Aidi Binti Nadzri Pengerusi Jawatankuasa PoliKK Zon Johor, Pengarah-pengarah PoliKK serta penerima-penerima APC Zon Johor.