Penyampaian sumbangan untuk mangsa banjir diadakan di Balai Raya Kampung Pengkalan Batu, Mersing telah disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi, YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad kepada semua Ketua-ketua Kampung di daerah Mersing yang mewakili penduduk tempatan yang terkesan dengan bencana banjir yang melanda daerah Mersing pada awal Januari lalu.
 
Turut sama menjayakan misi bantuan ini ialah KSU KPT, Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Pengarah Kanan (Akademik), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, En. Mohd Noor bin Shahuddin, Pengarah Politeknik Mersing, Pn. Hilmun Mohamed dan Pengarah Politeknik Pagoh, Tn. Hj. Abd Razak bin Senan.
 
Misi bantuan ini adalah kesinambungan daripada usaha KPT untuk membantu mereka yang terjejas sejak bencana banjir melanda negara pada pertengahan Disember tahun lalu.
Setakat ini, seramai 23,745 sukarelawan digerakkan meliputi 4,610 orang daripada KPT dan agensi serta 19,135 orang dari universiti awam, politeknik dan kolej komuniti.