Pada 28 September 2021 sehingga 24 Oktober 2021, Politeknik Mersing telah menganjurkan satu pertandingan yang mengetengahkan nilai-nilai murni dan kebudayaan serantau iaitu VIRTUAL EDUCATIONAL CULTURE COMPETITION (VeCC'21). Pertandingan yang melibatkan Politeknik Mersing bersama Institusi Kolaborasi Indonesia ini merupakan sebuah platform untuk menyerlahkan bakat dan potensi diri pelajar di samping merapatkan silaturahim antara PMJ rakan kolaborasi.
 
TAHNIAH diucapkan kepada Unit Pengantarabangsaan PMJ dan rakan kolaborasi Indonesia yang terlibat dalam pertandingan VIRTUAL EDUCATIONAL CULTURE COMPETITION (VeCC'21).
 
Pada penganjuran kali ini, sebanyak 3 kategori dipertandingkan dan pemenang-pemenang diumumkan dalam satu majlis penutup yang berlangsung secara virtual pada 16 November 2021.