Dimaklumkan bahawa Politeknik Mersing telah terlibat dalam Sesi Audit Pematuhan Akreditasi Penuh bagi Program Diploma Teknologi Maklumat (Tekologi Digital)-Trek Sistem Rangkaian telah dilaksanakan secara Malaysia Qualification Agency Virtual Audit (MQAVA) pada 10 November 2021.
 
Pegawai MQA diwakili oleh Puan Noor Ashikin Binti Selamat dan Panel Penilai ialah Ts. Dr. Razulaimi bin Razali.
 
Ketua Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi Puan Azreen binti Khamis, Ketua Program DDT Trek Sistem Rangkaian Puan Syakirah binti Mansor serta Unit-Unit lain PMJ, seperti Unit Jaminan Kualiti, Unit Pentadbiran, Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL), Unit ICT dan juga beberapa orang pensyarah DDT Trek Sistem Rangkaian, pelajar semester 1 hingga 5, pelajar Latihan Industri, wakil MPP dan Alumni telah terlibat dalam sesi temubual bersama dengan panel dan pegawai MQA.
 
Tahniah sekali lagi kepada semua warga PMJ yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam pelaksanaan MQAVA ini. Syabas dan Tahniah diucapkan.