9 APRIL 2021 - Persatuan Pelajar Jabatan Perdagangan (PPJP) Politeknik Mersing (PMJ) telah berjaya menganjurkan Ramadan Kareem in the New Normal khusus untuk pelajar-pelajar Jabatan Perdagangan (JP) khasnya yang terdiri daripada 209 orang pelajar program DPM dan 195 orang pelajar daripada program DSK.
 
Program yang berlangsung selama lapan hari dilakukan secara dalam talian ini adalah bagi mengimarahkan bulan Ramadan 1442 Hijrah dalam norma baharu kesan penularan pandemik Covid-19. Objektif program ini adalah untuk melahirkan warga Politeknik yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam khususnya di bulan Ramadan al Mubarak. Selain itu, sebagai satu wadah menjelas dan berkongsi ilmu serta pengalaman dalam menghayati keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal sepanjang Ramadan.
 
Oleh itu, PPJP telah mengambil langkah proaktif dengan memeriahkan pengisian bulan Ramadan melalui aktiviti yang telah dijalankan seperti Pertandingan Tilawah Remaja, Pertandingan Syarahan Daie’ Muda, Pertandingan Kesenian Islam Kaligrafi Khat, Pertandingan pencarian Bilal Bin Rabah ke-2, Pertandingan Kad Raya Digital, Pertandingan Quiz Ramadan,Pertandingan Periuk Kuali Ramadan, Pertandingan Ekspirasi Tiktok #SemarakRamadan dan Tadarus Al–Quran.
Kemuncak program dengan mengumumkan senarai pemenang dalam semua pertandingan berlangsung yang telah disampaikan oleh Ketua Jabatan Perdagangan, Puan Norlela Binti Sarani secara dalam talian dan diakhiri dengan pemberian juadah berbuka puasa kepada pelajar JP yang berada di Kamsis.