21 OGOS 2024 | DEWAN PERMATA MARJAN POLITEKNIK MERSING
Seminar Kenegaraan MADANI telah berjaya dilaksanakan dan telah dihadiri seramai 376 orang pelajar terdiri daripada pelajar yang mengambil Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban pada semester ini.
Program ini adalah anjuran bersama YADIM Negeri Johor dan Politeknik Mersing sebagai satu medium pengenalan dan penerapan kefahaman konsep kenegaraan, perlembagaan, keselamatan negara serta nilai-nilai MADANI dalam kalangan mahasiswa. Antara pengisiannya adalah;
Slot 1 : Motivasi Kenegaraan MADANI – Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan
oleh En. Ahmad Fadhli Umar bin Aminolhuda
Pegawai Tugas-tugas Khas kepada YB Menteri Kesihatan
Slot 2 : Bicara Dasar Keselamatan Negara-Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama
oleh Puan Najwa Shuhaida binti Omar
Ketua Penolong Pengarah , Majlis Keselamatan Negara, Negeri Johor
Slot 3 : Wacana Madani- Peranan Masyarakat dalam Penghayatan Teras Malaysia MADANI
oleh YBrs. Ustaz Azam bin Abd Razak, Zamalah, YADIM Negeri Johor
Turut diadakan pengisian Kuiz Jiwa Merdeka kepada semua peserta melalui aplikasi Quizziz bagi menguji pengetahuan am para pelajar tentang kemerdekaan Malaysia. 10 orang peserta terbaik dipilih berdasarkan markah tertinggi dan masa terpantas menjawab.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Pengarah Politeknik Mersing, Ts. DR. Robert @ Kerk Swee Tian. Turut hadir sama adalah En. Mohd Khamis bin Mohamad Sani, Penolong Pengarah YADIM Negeri Johor. Bacaan Ikrar Rukun Negara juga telah diadakan yang diketuai oleh saudara Muhammad Ainulhaq bin Ali Mazat selaku YDP Majlis Perwakilan Pelajar, Politeknik Mersing.
Syabas dan Tahniah kepada YADIM kerana sentiasa berusaha dan mengambil tanggungjawab memberi pendedahan ilmu seimbang keduniaan dan ukhrawi kepada mahasiswa sebagi pelapis tunggak kepimpinan negara dalam mempersiapkan mereka mendepani cabaran semasa dan akan datang. Setinggi penghargaan juga diberikan kepada seluruh jawatankuasa program di atas komitmen padu dalam melaksanakan Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI ini.
Semoga semangat kerjasama dan kebersamaan ini dapat memartabatkan dan menzahirkan perpaduan menerusi interaksi dan seterusnya mengukuhkan lagi perpaduan di negara kita.