22 JULAI 2024 | ISNIN | PAGOH

Seminar Gaya Hidup Sihat Warga Polycc Johor telah diadakan pada 22 Julai 2024 bertempat di Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail Pagoh anjuran Bersama PolyCC Zon Johor Utara.
Pada kali ini terdapat dua sukan yang dipertandingkan iaitu Sukan Ping Pong Berpasukan dan Bola Tampar. Politeknik Mersing telah menghantar seramai 17 orang pegawai bagi menyertai program tersebut. Terima Kasih diucapkan kepada pihak Kelab Staf Politeknik Mersing telah berbesar hati menyumbang bagi Jersey Pasukan.

Acara Flagoff Pasukan telah disempurnakan oleh Puan Hjh Azreen Binti Khamis, Timbalan Pengarah Politeknik Mersing dan turut hadir ialah En. Wan Burhanuding Bin Ibrahim selaku wakil Kelab Staf PMJ pada 21 Julai 2024 di Politeknik Mersing.
Seramai 250 orang peserta daripada 15 buah Politeknik dan Kolej Komuniti Negeri Johor telah menyertai program ini. Majlis penutup dan penyampaian sijil penyertaan telah disempurnakan oleh Ts. Hamdan bin Saidin, Pengarah Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail, Pagoh. Semoga dengan penganjuran program seperti ini dapat merapatkan hubungan silaturrahim dikalangan warga POLYCC JDT dan seterusnya menggalakkan warga untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat. Tahniah diucapkan kepada Penganjur dan para peserta yang menyertai program ini.