29 OGOS 2025 | JUMAAT | MERSING

Pelajar Diploma Sains Kesetiausahaan (DSK5A), Politeknik Mersing Johor, telah diberi kepercayaan sebagai urusetia Program Malaysiaku Merdeka peringkat Daerah Mersing anjuran Pejabat Perpaduan Daerah Mersing bersama komuniti KRT dan Tadika Zon Mersing.

Penglibatan ini bukan sahaja menyemarakkan semangat kemerdekaan, malah memberi peluang kepada pelajar menimba pengalaman dalam pengurusan acara, kerjasama pasukan serta interaksi bersama masyarakat setempat.