17 OGOS 2024, SABTU, TECC POLITEKNIK MERSING

Unit Keusahawanan, Politeknik Mersing telah melaksanakan program tersebut bersama 27 orang pelajar yang menjalankan perniagaan di bawah Inkubator dan kiosk di Politeknik Mersing . Antara perniagaan pelajar yang terlibat adalah Polywide Digital, Coffelicious@campus, Polysport, Polycakna, Sosejlicious, Polytravel, Pondok Ramen, Energypreneur dan CRAT PMJ.
Bengkel ini telah dikendalikan oleh En Mustafa bin Miskon yang merupakan tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang keusahawanan serta turut terlibat bersama-sama program di bawah INSKEN, MARii, IRDA, MARA, dan NCER. Beliau turut berpengalaman sebagai pengurus di beberapa syarikat di dalam dan luar Malaysia.

Pelbagai ilmu dan perkongsian berkaitan Business Model Canvas (BMC) termasuk penekanan terhadap kefahaman berkaitan segmentasi pelanggan, saluran perniagaan, sumber dan kos perniagaan serta aktiviti yang berlangsung dalam perniagaan. Di akhir bengkel, pelajar turut berjaya membina profail perniagaan masing-masing, sekaligus membantu pelajar untuk terus berjaya dalam melaksanakan operasi perniagaan masing-masing di Politeknik Mersing. Sekaligus mengembangkan perniagaan mereka di pasaran yang lebih luas.