30 JULAI 2024 | SELASA | POLITEKNIK MERSING

Pada 30 Julai 2024, dua orang wakil pengurusan daripada Politeknik Caltex Riau, Indonesia (PCR) telah berkunjung ke Politeknik Mersing sebagai satu inisiatif untuk melanjutkan kolaborasi di antara kedua-dua buah institusi.
Mesyuarat kolaborasi ini dihadiri oleh Pengurusan Politeknik Mersing, KJHEP, wakil Cyberange Academy, Pegawai Pengantarabangsaan PMJ serta wakil pengurusan Politeknik Caltex Riau; Zainal Arifin Renaldo (Deputy Director for Partnership) & Satria Perdana Arifin (Head of Student Affairs). Pelbagai potensi kerjasama telah dibincangkan termasuklah perkongsian profil institusi, perancangan program mobiliti dan majlis menandatangani Letter of Intent (LOI). Politeknik turut diundang ke RAKERNAS PELITA yang bakal dikendalikan oleh Politeknik Caltex Riau pada bulan Oktober nanti.

Seusai mesyuarat tersebut, pelawat telah dibawa ke makmal Cyberange Academy untuk perkongsian tentang pencapaian dan aktiviti-aktiviti yang telah di laksanakan oleh CRA.
Semoga inisiatif ini dapat mengeratkan hubungan kerjasama antarabangsa yang sudah lama terbina.