25 JULAI 2024 | KHAMIS | DEWAN PERMATA MARJAN, POLITEKNIK MERSING

Pada hari ini telah berlangsung Majlis Perhimpunan Bulanan Julai yang dianjurkan oleh Jabatan Kejuruteraan Elektrik & Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan yang bertemakan sukan. Staf Politeknik Mersing dibahagikan kepada 5 pasukan iaitu pasukan Satria, Waja, Wira, Perdana dan Saga. Tahniah diucapkan kepada Pasukan Satria kerana telah menjadi Johan pada pertandingan kali ini.

Sukan merupakan salah satu medium terbaik untuk merapatkan ukhuwah dan semangat kerja berpasukan di kalangan staf Politeknik Mersing. Aktiviti sukan bukan sahaja memberi peluang kepada staf untuk berinteraksi dan mengenali antara satu sama lain dalam suasana yang santai, tetapi juga menggalakkan kerjasama dan komunikasi yang lebih baik. Sekalung penghargaan diucapkan buat Semua Staf Politeknik Mersing yang komited dalam menjayakan perhimpunan bulanan pada kali ini. Semoga kita terus cemerlang dan mengekalkan gaya hidup sihat.