22 JULAI 2024 | ISNIN | UTHM KAMPUS PAGOH

Satu Lawatan Penanda Aras ETAC dan OSHA telah dilaksanakan oleh Jabatan kejuruteraan Elektrik dan Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerja ke UTHM Kampus cawangan Pagoh. Lawatan disertai seramai 22 orang pensyarah dan staf dari JKE dan 7 orang daripada JKKP.

Objektif lawatan ini adalah untuk memperkukuhkan dan menambahbaik program-program kejuruteraan yang ditawarkan oleh Politeknik Mersing khususnya bagi Program yang ditawarkan oleh Jabatan Kejuruteraan elektrik. Lawatan ini juga untuk mendapatkan pandangan dan input dari Pengajian Diploma UTHM dalam membina dan meningkatkan kualiti kurikulum serta kaedah PdP dalam bidang kejuruteraan. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada pengurusan dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan UTHM diatas kerjasama sepanjang lawatan ini berlangsung. Semoga kerjasama ini berterusan dimasa akan datang.