Politeknik Mersing dengan penuh rasa penghargaan telah menerima Lawatan muhibbah daripada Pejabat Tanah Daerah Kluang pada ini. Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara institusi pendidikan dan agensi kerajaan dalam usaha memperkukuhkan kerjasama strategik serta perkongsian tentang latihan industri. Delegasi Pejabat Tanah Daerah Kluang yang diketuai oleh Encik Mustafa Kamal bin Abdullah, Pentadbir Tanah Kluang disambut mesra oleh barisan pengurusan tertinggi Politeknik Mersing yang diketuai oleh Timbalan Pengarah, Puan Azreen Binti Khamis, serta Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, wakil-wakil jabatan dan unit.
Dalam sesi taklimat yang diadakan, pihak Politeknik Mersing telah berkongsi tentang Politeknik Mersing ini sebagai pusat kecemerlangan pendidikan dan latihan kemahiran bagi melahirkan graduan TVET berkualiti tinggi serta berdaya saing. Fokus utama perbincangan adalah berkenaan potensi kerjasama antara Politeknik Mersing dan Pejabat Tanah Daerah Kluang dalam bidang latihan industru, inovasi, dan latihan teknikal yang relevan dengan keperluan. Sementara itu, ketua delegasi dari Pejabat Tanah Daerah Kluang turut melahirkan rasa kagum dengan pencapaian dan kemudahan yang dimiliki oleh Politeknik Mersing. Beliau menyatakan keyakinan bahawa kerjasama ini dapat memberi manfaat besar kepada kedua-dua pihak dalam pelbagai bidang.
Dalam Lawatan muhibbah ini juga diserikan dengan sesi bergambar sebagai tanda kenangan dan simbolik kerjasama erat antara Politeknik Mersing dan Pejabat Tanah Daerah Kluang. Semoga hubungan yang terjalin ini terus kukuh demi pembangunan bersama dan mencapai objektifnya. Politeknik Mersing mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pejabat Tanah Daerah Kluang atas kesudian mengadakan lawatan ini. Diharapkan hubungan baik ini akan terus berkembang dan memberi impak positif kepada semua pihak.