17 JULAI 2024 | RABU | PEJABAT DAERAH MERSING

Telah berlangsung satu Kunjungan Hormat Pengurusan dan Jawatankuasa SmartGreen Politeknik Mersing yang diketuai oleh Pengarah Politeknik Mersing, Ts. DR. Robert @ Kerk Swee Tian ke Pejabat Daerah Mersing. Kunjungan Hormat ini disambut oleh Pegawai Daerah Mersing, Ybhg. Tuan Jamil Hasni Bin Abdullah. Turut hadir sama ialah Ts. Suhana binti Ismail, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, En. Wan Burhanuding Bin Ibrahim, Pengarah Program/Jawatankuasa SmartGreen dan Puan Noradilah Binti Sukor, Jawatankuasa SmartGreen. Kunjungan kali ini bertujuan untuk keterlibatan bersama Pejabat Daerah Mersing bagi Program CSR Penanaman Pokok Angkat @ Pulau Besar, Mersing dan Penyerahan Landing Page Ayuha Village yang dianjurkan SmartGreen Politeknik Mersing dengan kerjasama SmartGreen PolyCC, Unit Keusahawanan dan Unit Sukarelawan Politeknik Mersing.

Dalam perbincangan ini, Pengarah PMJ telah membentangkan fokus Kerjasama, rangkuman program 2024 dan hal-hal lain. Antara yang menarik ialah mengenai kerjasama dalam Focus Discuss Development (FDD) team dan Kerjasama dalam pembangunan Mersing sebagai Daerah Pelancongan Lestari. Terima kasih kepada pihak Pejabat Daerah Mersing kerana sudi menerima kunjungan hormat ini dan memberi input yang bermanfaat terhadap peluang dan ruang untuk mengukuhkan kerjasama dalam program berimpak tinggi dan ke arah “Mersing Daerah Pelancongan Lestari”. Semoga jalinan kerjasama yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.