10 pelajar Politeknik Mersing dari Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) dan Jabatan Perdagangan (JP) telah mengikuti Kem keusahawanan SGN-Reactor EntreCamp Johor yang diadakan di EduCity Hub, Johor Bharu, bermula 18 hingga 19 Mei 2024. Turut bersama mentor bagi kumpulan Vis.io (Puan Nur Hanis Mohd Zain) dan kumpulan The Na’s (Puan Jama’latun Sa’diah binti Ramli).
Dianjurkan bersama oleh SGN dan Reactor School, EntreCamp Johor adalah bootcamp keusahawanan yang direka untuk pelajar dan inovator muda. Melalui kem ini, peserta dibimbing melalui proses mengenal pasti masalah, membina penyelesaian, dan membentangkan projek mereka, dalam persekitaran yang intensif dan kolaboratif.EntreCamp Johor turut disertai peserta yang terpilih dari Universiti Awam dan swasta disekitar Johor, dan juga peserta dari luar negara.
Dengan mempertaruhkan alat bantuan untuk orang kurang penglihatan, pasukan Vis.io akhirnya telah berjaya menempa nama ke peringkat akhir EntreCamp Malaysia, mendahului 16 pasukan dari Universiti Awam dan Swasta untuk ke peringkat akhir yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada bulan Julai 2024. Vis.Io dianggotai oleh pelajar Semester 4 dan 2 dari JTMK; Zarri Rasha binti Hakimi (Ketua Kumpulan), Syamendrra Rubes A/L Subas, Muhammad Fauzi bin Adabi, Harvin A/L Subramanian dan Shaila Ashmi Nair A/P Sivasegaran.
Semoga beroleh kejayaan buat pasukan Vis.io!