Tahniah kepada Pn. Norazida Ali dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) atas kejayaan beliau memperoleh pensijilan “AI for Good Certified Instructor” daripada AI Singapore dan Meta pada 25 Oktober 2024. Pn. Norazida adalah satu-satunya wakil PolyCC Malaysia yang terpilih antara 100 tenaga pengajar dari negara ASEAN (Malaysia, Thailand dan Filipina) bagi Program AI for Good (Educator) Train-the-Trainer yang dijalankan di National University of Singapore (NUS) dengan tajaan penuh AI Singapore dan Meta.
Sebagai komitmen di bawah program ini, satu Kursus AI for Good akan ditawarkan kepada 100 peserta dari kalangan pelajar Politeknik Mersing pada 2025, di mana setiap peserta yang berjaya akan menerima Sijil AI for Good diiktiraf AI Singapore dan Meta. Tahniah sekali lagi kepada Pn. Norazida atas pencapaian yang membanggakan ini!
Semoga ilmu yang diperolehi dapat dikongsikan bersama pelajar-pelajar, komuniti dan secara tidak langsung kejayaan ini dapat menjadi inspirasi kepada warga Politeknik Mersing untuk terus menimba ilmu dan berjaya di masa akan datang.