25 OGOS 2024 | AHAD | PANTAI TG KEMPIT MERSING

Kelab Sukarelawan YES!Politeknik Mersing dengan kerjasama Skuad Alam Sekitar Bestari Malaysia (SASTARI- Johor) telah menganjurkan Program Corporate Social Responsibility (CSR): Siri Jelajah Jom Selamatkan Pantai Kita 4.0 Peringkat Negeri Johor. Program turut mendapat kerjasama Persatuan Doktor Pakar Johor, MRA Johor Daerah Mersing, PEMADAM Daerah Mersing dan Southern Volunteer Mersing.

Program ini melibatkan penyertaan 33 orang pelajar, 2 orang staf, beberapa petugas agensi, serta ahli komuniti setempat. Aktiviti dimulai dengan sesi taklimat oleh Pengerusi SASTARI-Johor yang memberi penerangan tentang kepentingan pembersihan pantai. Para peserta kemudian dipecahkan kepada 3 kumpulan bagi menjalankan aktiviti pembersihan pantai. Sebanyak lebih 800kg sampah telah dikutip dan pengasingan sisa telah dilakukan oleh setiap kumpulan. Seterusnya, sampah yang telah diasingkan diserahkan kepada pihak SWCorp untuk proses pelupusan.