18 OGOS 2024 | AHAD | EMPANGAN LABONG, ENDAU, MERSING

Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Mersing telah menganjurkan Program Corporate Social Responsibility (CSR) “Cintai Sungai Anda: Clean Up The Dump” dengan kerjasama Pejabat Daerah Mersing, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS), dan Supreme Didactis.

Program ini melibatkan penyertaan 40 orang pelajar, 19 orang staf, beberapa petugas agensi, serta ahli komuniti setempat. Turut hadir sebagai tetamu jemputan adalah Penghulu Mukim Triang dan Ketua Kampung Felda Endau. Aktiviti dimulai dengan taklimat oleh Penolong Jurutera JPS yang memberi penerangan tentang kepentingan pembersihan sungai. Para peserta kemudian menjalankan aktiviti pembersihan sungai, memfokuskan kepada lumut dan rumpai air yang menghalang laluan air ke kawasan sawah padi.

Aktiviti ini turut dimeriahkan dengan kibaran jalur gemilang, sejajar dengan semangat sambutan bulan kemerdekaan. Agensi-agensi lain yang turut terlibat dalam program ini termasuk Majlis Daerah Mersing, Polis Daerah Mersing, SWCorp, dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).