CHIEF’24 PERKUKUH KEBOLEHPASARAN GRADUAN MELALUI KERJASAMA INDUSTRI

6 NOVEMBER 2024 | RABU | POLITEKNIK MERSING

Career, HEP, Innovation & Entrepreneurship Festival 2024 (CHIEF’24) yang berlangsung selama dua hari di Politeknik Mersing berjaya menarik penyertaan ramai dan memupuk kebolehpasaran graduan melalui kerjasama strategik bersama pihak industri. Program yang berakhir hari ini menyediakan pelbagai peluang kepada pelajar untuk meneroka bidang kerjaya, inovasi, dan keusahawanan dalam usaha meningkatkan daya saing mereka di pasaran kerja.

Dengan mengangkat tema “Innovation Through Entrepreneurship for Sustainability in TVET Career”, program ini menampilkan pelbagai aktiviti yang memberikan pendedahan langsung kepada para pelajar mengenai peluang kerjaya, inovasi, dan perkembangan industri terkini. Ia turut memberi ruang kepada pelajar untuk menonjolkan kemahiran keusahawanan, menjadikan CHIEF’24 platform komprehensif bagi memperkasakan graduan.

Majlis Perasmian Penutupan CHIEF’24 dirasmikan oleh Dr. Riam A/P Chau Mai, Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti, Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti, yang turut memuji inisiatif ini sebagai langkah signifikan dalam memperkukuhkan hubungan antara institusi pengajian dan industri.

CHIEF’24 disambut meriah oleh pelajar, pensyarah, dan industri yang memberikan sokongan penuh, menjadikannya satu platform yang efektif dalam menghubungkan dunia pendidikan dan industri ke arah melahirkan graduan berdaya saing.

Read More

INTERNATIONAL BORNEO INNOVATION & EXIBITION COMPETITION (IBIEC 20204)

23 – 24 OKTOBER 2024 | KHAMIS | KOTA KINABALU, SABAH

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada kumpulan pembangun inovasi WebEduHost iaitu En. Idris bin Mohamed Mobin, En. Mohd Fauzi bin Mohd Sani dan Azreen binti Khamis kerana telah berjaya meraih pingat perak dan tempat ke 4 dipertandinagn IBIEC dibawah kategori 3 & 4 Eletrical Technology, ICT & Telecomunication.

IBIEC 2024 merupakan pertandingan inovasi dengan kerjasama POLITEKNIK NEGERI PONTIANAK, POLITEKNIK KOTA KINABALU, KOLEJ KOMUNTITI KOTA MARUDU, UiTM CAWANGAN SARAWAK DAN SWINBURNE UNIVERSITY OF TECHNOLOGY. Penilaian inovasi dan keputusan rasmi telah dilaksanakan pada tarikh yang sama iaitu 23 Oktober 2024.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk lebih cemerlang dan berinovatif.

Read More

PERTANDINGAN TECHNOLOGY INNOVATION COMPETITION (TECHIC)

22 OKTOBER 2024 | SELASA | POLITEKNIK SEBERANG PERAI (PSP)

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada kumpulan pelajar dari Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK ) dibawah seliaan En Mohamad Iqbal Hakim bin Che Omar dan En Wan Muhammad Ikmal bin Mohd Tarmizi. Masing-masing telah dinobatkan Anugerah Perak dan Gangsa dalam Pertandingan TECHNOLOGY INNOVATION COMPETITION (TECHIC) bagi kategori “Terbuka”.

TECHIC 2024 merupakan pertandingan tahunan yang dianjurkan oleh Politeknik Seberang Perai (PSP).Penilaian projek dan keputusan rasmi telah dilaksanakan pada tarikh yang sama iaitu 22 Oktober 2024.

Tahniah kepada penyelia-penyelia projek dan pelajar-pelajar JTMK :

Anugerah Perak

Tajuk : BadUSB vs GoodUSB

Penyelia Projek : En Mohamad Iqbal Hakim bin Che Omar

Anugerah gangsa

Pelajar yang terlibat adalah:

1. Muhammad Aisy Nazran bin Samsudin

2. Muhammad Hanif bin Sabri

3. Muhammad Mustammim Safiy bin Mustafa Maarof

Tajuk :Vulnerable Machine For Penetration Testing

Penyelia Projek : En Wan Muhammad Ikmal bin Mohd Tarmizi

Pelajar yang terlibat adalah :

1. Muhammad Firdaus bin Jaafar

2. Irfan Izzat Khilfi bin Zubaile

3. Fakrul Aiman bin Azhari

Semoga kejayaan ini, dapat memberi inspirasi kepada pelajar-pelajar yang lain untuk terus mengejar kejayaan. Perjalanan masih panjang, perjuangan masih belum selesai.

Read More

INTERNATIONAL MOBILITY STUDENT EXCHANGE PROGRAM

27 OKTOBER 2024 | AHAD | POLITEKNIK MERSING

Unit Pengantarabangsaan PMJ dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah menganjurkan satu program yang berimpak tinggi iaitu International Mobility Student Exchange Program secara hybrid pada 15 hingga 26 Oktober 2024.

Program ini telah mendapat penyertaan dari Politeknik Caltex-Riau, Politeknik Kampar, Politeknik Jambi, dan Sekolah Tinggi Agama Ibnu Sina. Pelbagai pengisian program telah diadakan antaranya kursus AI, Culture Exchange Webinar, Capture The Flag (CTF) Competition, Keusahawanan bersama IKS, Eksplorasi Negeri Johor, CSR dan pelbagai lagi.

Seramai 20 orang mahasiswa telah menyertai Short Couse for AI – Generative AI: Creating an 1-minute short movie yang dikendalikan secara dalam talian oleh En. Mohd. Fauzi Bin Mohd Sani dan En. Rizman Ezani Bin Razali. Seterusnya seramai 18 orang mahasiswa telah menyertai Webinar Series: Cultural Exchange yang dikendalikan oleh PolyVoice Club dan Ts. Raja Faraazlina. Manakala, seramai 25 orang mahasiswa dan 4 orang pegawai pengiring terlibat dalam sesi bersemuka dari 20 hingga 26 Oktober 2024.

Program ini adalah satu platform yang sangat bermakna dalam usaha untuk memperkukuhkan hubungan antarabangsa dan mempromosikan pertukaran budaya serta pengetahuan di kalangan peserta. Melalui program ini, peserta bukan sahaja akan berpeluang untuk belajar dan berkongsi pengalaman, tetapi juga untuk membina jaringan yang lebih luas dengan rakan-rakan dari pelbagai institusi.

Semoga dengan penyertaan ini, kita dapat mencipta impak yang positif, meningkatkan interpersonal para pelajar dan merapatkan ukhwah antara kita semua. Sekalung penghargaan buat semua warga PMJ yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan program ini. Tahniah juga diucapkan buat semua peserta yang terlibat.

Read More

PERTANDINGAN PITCHING IDIGITAL 2024

28 OKTOBER 2024 | ISNIN | UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (IIC, UUM)

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada kumpulan pelajar dari Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK ) Politeknik Mersing dibawah seliaan Ts. Nurulfarida Binti Mohamad Nadzri, Pn. Siti Nurazani Binti Mustaffa dan En Idris bin Mohamed Mobin. Kumpulan ini telah dinobatkan Anugerah Perak dalam Pertandingan Pitching iDIGITAL 2024 anjuran Pusat Inovasi & Pengkomersialan, Universiti Utara Malaysia (IIC, UUM).

iDIGITAL 2024 merupakan pertandingan pitching yang julung kali diadakan dengan kerjasama UUM Solution, Royal Tech, Bintara Solutions Sdn Bhd, Perusahaan Otomobil National Sdn Bhd (PROTON) dan Straits Technic Sdn Bhd. Penilaian sesi pitching telah dilaksanakan pada 23-24 Oktober 2024 yang lalu dan keputusan rasmi telah diumumkan pada hari ini, iaitu 28 Oktober 2024.

Tahniah kepada semua penyelia projek dan pelajar-pelajar JTMK yang terlibat :

Anugerah Perak

Tajuk : PACA ( Pulapas Access Control Apps)

Penyelia Projek :

Ts. Nurulfarida Binti Mohamad Nadzri

Pn. Siti Nurazani Binti Mustaffa

En. Idris Bin Mohamed Mobin

Pelajar yang terlibat adalah :

1. Muhammad Ainulhaq bin Ali Mazat

2. Siti Nursyazliana Binti Zamri

3. Nur Rosalinda Binti Azaihar

Semoga kejayaan ini, dapat memberi inspirasi kepada pelajar-pelajar yang lain untuk terus mengejar kejayaan. Perjalanan masih panjang, perjuangan masih belum selesai.

Read More

LAWATAN PENILAIAN PROGRAM BAGI DEE & DET, JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK

22-23 OKTOBER 2024 | KHAMIS | POLITEKNIK MERSING

Alhamdulillah selesai Lawatan Penilai Luar bagi program Diploma Kejuruteraan Elektrik (DET) dan Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (DEE) yang berlangsung selama dua hari pada 22 – 23 Oktober 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat JKE, PMJ.

Penutupan Lawatan EE telah disempurnakan oleh Puan Aryati Binti Ramlan, Ketua Jabatan JKE.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada panel Lawatan iaitu Profesor Madya Ts.Dr. Mohd Noor bin Abdullah dari UTHM dan Ts. Dr. Hazriq Izzuan bin Jaafar dari UTEM di atas penambahbaikan dan komen yang positif bagi kedua-dua program tersebut. Tidak lupa terima kasih diucapkan semua yang terlibat, Pengurusan Tertinggi,Unit Jaminan Kualiti, Pemilik Prosedur, staf yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi memastikan lawatan penilai luar berjalan dengan lancar.

Read More

JKE PSH PROGRAM 2024: SAFETY INDUCTION FOR CONSTRUCTION WORKER (SICW) COURSE – GREEN CARD CIDB

17 OKTOBER 2024 | KHAMIS | POLITEKNIK MERSING

Jabatan Kejuruteraan Elektrik telah menganjurkan JKE PSH PROGRAM 2024: SAFETY INDUCTION FOR CONSTRUCTION WORKER (SICW) COURSE – GREEN CARD CIDB pada 17 Oktober 2024 bertempat di DK3, PMJ. Program ini menampilkan penceramah jemputan, En Ahmad Sani Bin Basir dari CIDB Wilayah Selatan.

Program ini bertujuan memberi memberi pendedahan terhadap keselamatan dan kesihatan pekerja di tapak binaan. Modul yang diterapkan dalam program ini adalah bertemakan keselamatan dan Kesihatan pekerja di tapak binaan ke arah meningkatkan nilai tambah dan persediaan peserta sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Di samping itu, sepanjang program ini dilaksanakan, pelbagai nilai-nilai positif yang dapat diterapkan antaranya pengurusan masa, amalan-amalan keselamatan yang betul dan sebagainya.

Tidak hanya itu, para peserta dapat mempelajari amalan terbaik yang digunakan dalam industri, termasuk aspek keselamatan, kesihatan pekerjaan, kelestarian alam sekitar, dan tanggungjawab sosial korporat. Mereka dapat melihat bagaimana industri tersebut mengamalkan prinsip-prinsip beretika dan bertanggungjawab dalam operasi harian mereka.

Selain itu, program ini juga mampu memberi impak yang tinggi dalam mendedahkan kepada peserta tentang OSHA dan kesihatan dan keselamatan pekerja di tapak binaan. Aktiviti di adalah satu keperluan atau passport untuk peserta sebelum mereka melangkah ke latihan industri dan ke alam pekerjaan kelak. Selain itu dengan aktiviti sebegini juga dapat menjalin hubungan kolaborasi politeknik dan pihak luar. Semoga aktiviti ini dapat menambah pengetahuan dan pengalaman pelajar ke arah kecemerlangan masa hadapan.

Semoga perkongsian ini memberi impak dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan kelak. Sekalung penghargaan buat semua yang terlibat.

Read More

JKE INDUSTRY EXPERT ENRICHMENT PROGRAM (IEEP) 2024: ROBOT WORKSHOP – ARDUINO EXPLORATION FOR AUTOMATION

22 OKTOBER 2024 | SELASA | POLITEKNIK MERSING

Jabatan Kejuruteraan Elektrik telah menganjurkan JKE INDUSTRY EXPERT ENRICHMENT PROGRAM (IEEP) 2024: ROBOT WORKSHOP – ARDUINO EXPLORATION FOR AUTOMATION pada 21-22 Oktober 2024 bertempat di Makmal JKE, PMJ. Program ini menampilkan penceramah jemputan, En Fahmi dan Ts. Khairul Anuar dari Bizbot Technology.

Program ini bertujuan memberi memberi pendedahan terhadap asas robotik dan penguasaan Arduino. Program ini menyediakan peluang kepada peserta untuk memahami asas-asas robotik dan aplikasi praktikalnya. Kandungan program ini merupakan sebahagian daripada elemen penting yang terdapat di dalam kursus DEC 40053 – Embedded System Application, DEC 50122 – Embedded Robotic & DEC 50132 – Internet Based Controller.

Melalui kerjasama industri dengan Politeknik Mersing, Program seperti ini dapat memberikan impak yang positif kepada peserta untuk memperolehi pengetahuan dan kemahiran teknikal dalam bidang robotik dan Arduino, sekaligus membangunkan kreativiti, inovasi, serta kemahiran insaniah seperti kerja berpasukan dan penyelesaian masalah.

Semoga perkongsian ini memberi impak dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan kelak. Sekalung penghargaan buat semua yang terlibat.

Read More

JKE INDUSTRY EXPERT ENRICHMENT PROGRAM (IEEP) 2024: THE ULTIMATE RESUME WORKSHOP – KUNCI KEJAYAAN ANDA!

17 OKTOBER 2024 | KHAMIS | POLITEKNIK MERSING

Jabatan Kejuruteraan Elektrik telah menganjurkan JKE INDUSTRY EXPERT ENRICHMENT PROGRAM (IEEP) 2024: THE ULTIMATE RESUME WORKSHOP – KUNCI KEJAYAAN ANDA! Program ini menampilkan penceramah jemputan, Mr. Andrew Lee dan Ms. Livenya Sree dari Revo Global Sdn. Bhd.

Melalui kerjasama dengan Politeknik Mersing, Revo fokus pada memperkasa pelajar dengan menyediakan akses kepada sumber kerjaya yang memudahkan para pelajar dalam menghasilkan resume yang ringkas dan padat. Program ini memberikan pengalaman langsung dalam membina resume profesional, meningkatkan kemahiran temuduga, dan memahami jangkaan industri. Pelajar JKE PMJ dapat manfaat daripada kandungan yang disesuaikan dengan laluan kerjaya mereka sama ada mereka memasuki bidang kejuruteraan, IT, perniagaan, atau sains.

Program ini memberi pendedahan kepada pelajar Semester 3 dan 5 melibatkan seramai 186 orang pelajar. Turut diadakan juga ialah Simulasi Temuduga yang memberi pendedahan secara langsung dengan teknik temuduga dan kemahiran insaniah. Menerusi simulasi ini juga pelajar terlibat dengan senario lakonan peranan dimana ianya membolehkan pelajar-pelajar dapat mengalami situasi sebenar pengambilan pekerja.

Semoga perkongsian ini memberi impak dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan kelak. Sekalung penghargaan buat semua yang terlibat.

Read More

FOREST WARRIORS – NATIONAL PARK EXPLORACE

23 OKTOBER 2024 | RABU | TAMAN NEGARA PULAU KUKUP

Pada 23 Oktober 2024, Jabatan Perdagangan anjuran bersama Persatuan Pelajar Jabatan Perdagangan berjaya menganjurkan Forest Warriors – National Park Explorace di Taman Negara Pulau Kukup.

Matlamat utama program ini adalah untuk memupuk kesedaran terhadap pemuliharaan alam semula jadi dan mengasah kemahiran insaniah pelajar seperti komunikasi, kerja berpasukan, dan penyelesaian masalah, sejajar dengan objektif TVET.

Selain itu, pelajar turut diberi pendedahan tentang beberapa spesies pokok bakau dan aktiviti menyemai anak pokok, sebagai usaha memelihara ekosistem hutan paya bakau serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingannya kepada alam sekitar.

Tahniah kepada semua peserta atas semangat luar biasa dan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini!

Read More