𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐂𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐄𝐌𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐓𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 (𝐏𝐊𝐊) 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐄𝐑𝐒𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 (𝐊𝐁𝐊) 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆

𝟐𝟔 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐈𝐒𝐍𝐈𝐍 | 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆

Telah berlangsung dengan jayanya Sesi Perincian Penemuan Pemantauan Pematuhan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (PKK) dan Semakan Perkhidmatan Kebersihan Bangunan dan Kawasan (KBK) pada 26 Mei 2025 bertempat di Politeknik Mersing.

🤝 Turut hadir bagi melaksanakan sesi pemantauan dan semakan ialah wakil daripada:

• Bahagian Kewangan, KPT

• Bahagian Kejuruteraan dan Pembangunan (BKP), JPPKK

• KWSP Ibu Pejabat

• Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Kluang

💬 Sesi ini telah memberikan input yang penting berkaitan pematuhan kontrak serta penambahbaikan kualiti perkhidmatan di institusi.

Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan sesi ini.

Read More

𝐏𝐑𝐎𝐃𝐔𝐂𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐔𝐊𝐇𝐖𝐀𝐇 𝐓𝐎𝐔𝐑 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐌𝐄𝐑𝐫𝐎 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐑𝐔 𝐊𝐄 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐋 𝐄𝐇𝐖𝐀𝐋 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐀𝐃𝐁𝐈𝐑𝐀𝐍, 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆

𝟐𝟕 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐒𝐀 | 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆

MERSING, 27 Mei – Seramai 19 warga Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB) telah mengadakan lawatan rasmi menerusi program Production Ukhwah Tour ke Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Pentadbiran, Politeknik Mersing, hari ini.

Lawatan ini bertujuan memperkukuh jalinan ukhuwah antara kedua-dua institusi selain menjadi platform perkongsian amalan terbaik dalam aspek pengurusan hal ehwal pelajar dan pentadbiran institusi.

Delegasi PMJB disambut mesra oleh pegawai dan kakitangan Politeknik Mersing dan turut diberi taklimat ringkas mengenai struktur, fungsi serta inisiatif jabatan yang dilawati. Program diakhiri dengan sesi pertukaran cenderamata dan lawatan sekitar kampus.

Read More

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐂𝐈𝐒𝐄𝐂 𝐊𝐄 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐀𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃.

𝟐𝟐 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐑𝐀𝐁𝐔 | 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑

Pensyarah Jabatan Perdagangan bersama Unit CISEC Politeknik Mersing yang diketuai oleh Ketua Jabatan Perdagangan, Pn. Norbizuna Binti Abd Rashid hari ini telah mengadakan lawatan rasmi ke Pengasih Asia Sdn Bhd.

Lawatan ini bertujuan untuk mengadakan perbincangan cadangan kolaborasi antara Politeknik Mersing dan Pengasih Asia Sdn. Bhd. Antara hasil perbincangan adalah untuk menjadikan Pengasih Asia Sdn Bhd sebagai salah satu rakan kolaborasi industri Politeknik Mersing sekali gus membuka peluang Kerjasama dalam bidang latihan Industri, pembangunan kurikulum berasaskan industri, penyelidikan dan inovasi, pengurusan acara serta kebolehpasaran graduan.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada pihak pengurusan Pengasih Asia Sdn. Bhd atas sambutan mesra dan perkongsian berharga sepanjang sesi lawatan ini. Semoga hubungan ini dapat diperkukuh demi melahirkan graduan TVET yang lebih kompeten, berdaya saing dan unggul.

Bersama membina masa depan pendidikan teknikal negara.

Read More

𝐏𝐌𝐉 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆𝐊𝐔𝐋 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐀𝐒𝐈𝐀 𝐏𝐀𝐂𝐈𝐅𝐈𝐂 𝐒𝐔𝐒𝐓𝐀𝐈𝐍𝐀𝐁𝐈𝐋𝐈𝐓𝐘 𝐀𝐖𝐀𝐑𝐃𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟓

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada penerima-penerima anugerah berprestij di Asia Pacific Sustainability Awards 2025 yang telah berlangsung pada 21 Mei 2025 bertempat di M World Hotel, Petaling Jaya anjuran Sustainable Business Network Association Malaysia (SustNET) iaitu:

𝐘𝐁𝐡𝐠. 𝐃𝐚𝐭𝐨’ 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐙𝐚𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐁𝐢𝐧 𝐈𝐬𝐦𝐚𝐢𝐥, 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐭𝐞𝐤𝐧𝐢𝐤 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐥𝐞𝐣 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐢 (𝐉𝐏𝐏𝐊𝐊) 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚

𝐘𝐁𝐫𝐬. 𝐓𝐬. 𝐃𝐫. 𝐑𝐨𝐛𝐞𝐫𝐭 @ 𝐊𝐞𝐫𝐤 𝐒𝐰𝐞𝐞 𝐓𝐢𝐚𝐧, 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐭𝐞𝐤𝐧𝐢𝐤 𝐌𝐞𝐫𝐬𝐢𝐧𝐠 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫 (𝐏𝐌𝐉)

yang telah menerima anugerah Sustainability Champion Award, atas kepimpinan cemerlang dalam kelestarian dan kemampanan.

Setinggi-tinggi tahniah juga diucapkan kepada:

𝐘𝐁𝐫𝐬. 𝐋𝐀𝐫. 𝐃𝐫. 𝐑𝐨𝐡𝐚𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐁𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐍𝐨𝐫, 𝐓𝐢𝐦𝐛𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐫𝐢𝐤𝐮𝐥𝐮𝐦 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚

𝐘𝐁𝐫𝐬. 𝐓𝐬. 𝐌𝐮𝐫𝐮𝐠𝐚𝐧 𝐀/𝐋 𝐊𝐫𝐢𝐬𝐡𝐧𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐭𝐞𝐤𝐧𝐢𝐤 𝐌𝐞𝐫𝐬𝐢𝐧𝐠 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫 (𝐏𝐌𝐉)

atas kejayaan menerima anugerah Outstanding Sustainability Practices Award, sebagai pengiktirafan atas kepimpinan kemampanan yang berimpak tinggi.

Pencapaian ini menjadi bukti bahawa warga Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) sentiasa berada di barisan hadapan dalam memperjuangkan nilai kelestarian, inovasi, dan tanggungjawab sosial. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi dan pencetus semangat kepada semua untuk terus mengangkat amalan mampan ke peringkat yang lebih tinggi.

Tahniah dan syabas!

Read More

𝐈𝐍𝐓𝐄𝐑𝐍𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐌𝐎𝐁𝐈𝐋𝐈𝐓𝐘 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌- 𝐀𝐂𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈𝐂 𝐕𝐈𝐒𝐈𝐓: 𝐋𝐄𝐂𝐓𝐔𝐑𝐄𝐑 𝐄𝐗𝐂𝐇𝐀𝐍𝐆𝐄 & 𝐂𝐎𝐌𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐘 𝐒𝐄𝐑𝐕𝐈𝐂𝐄𝐒

𝟐𝟒 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐊𝐇𝐀𝐌𝐈𝐒 | 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆

Mersing, 22-24 April 2025 – Politeknik Mersing telah menerima satu lawatan akademik dan sesi ‘guest lecture’ oleh 8 orang delegasi daripada Institut Teknologi dan Bisnis Asia Malang. Lawatan yang dikendalikan oleh Pengantarabangsaan PMJ ini bertujuan untuk menjalinkan dan memperkukuh kolaborasi antara kedua-dua buah institusi melalui beberapa pengisian berbentuk ilmiah dan perbincangan kerjasama dua hala.

Delegasi dosen-dosen daripada Institut Asia disambut mesra warga Politeknik Mersing dengan jemputan ke Majlis Hari Raya Aidilfitri Pelajar PMJ. Jadual delegasi di PMJ bermula dengan sesi ‘guest lecture’ yang melibatkan 6 buah kelas. Pelajar-pelajar yang terpilih dapat merasakan pengalaman mengikuti kelas dengan pensyarah luar negara dan berkongsi pelbagai pengalaman berbeza. Setelah itu, sebuah mesyuarat kolaborasi telah diselaraskan untuk membincangkan prospek kerjasama di antara PMJ dan Insitut Asia. Mesyuarat ini kemudiannya dilengkapkan dengan pemeteraian ‘Letter of Intent’. Pada hari terakhir delegasi Insitut Asia di PMJ, mereka telah dibawa ke Mersing Souvenir House untuk aktiviti Corporate Service Responsibility (CSR) yang melibatkan perkongsian ilmu tentang pembuatan cenderahati Malaysia dan Indonesia.

Lawatan ini diharap dapat memperkukuh kerjasama antara PMJ dan Institut Teknologi dan Bisnis Malang ke arah melahirkan graduan berciri warga global.

Read More

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐁𝐈𝐙𝐞𝐂𝐨𝐦 𝐖𝐄𝐄𝐊 𝟐.𝟎 (𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍, 𝐏𝐌𝐉)

𝟐𝟓 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐉𝐔𝐌𝐀𝐀𝐓 | 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆

Program BIZeCom Week 2.0 anjuran Jabatan Perdagangan, Politeknik Mersing telah berlangsung pada 23 hingga 25 April 2025 sebagai satu inisiatif menyokong Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015–2025 (Pendidikan Tinggi). Program ini dirangka bagi melahirkan pelajar yang seimbang, holistik serta bercirikan keusahawanan, di samping memperkukuh kemahiran insaniah seperti kepimpinan, komunikasi, pemikiran kreatif dan penglibatan aktif dalam komuniti serta industri. Keseluruhan pelajar Jabatan Perdagangan telah terlibat secara menyeluruh dalam pelbagai aktiviti yang dirancang, menjadikan program ini satu platform komprehensif pembangunan sahsiah dan profesional pelajar.

Antara aktiviti utama yang dilaksanakan termasuk Program Usahawan Digital (kursus Digital Entrepreneurship), Pertandingan Sukaneka Bijak Santai, Program The Free Market, serta Industry Expert Enrichment Program (IEEP) melalui Bengkel Kewangan oleh AKPK. Aktiviti lain yang turut diadakan ialah Bengkel Matematik @ STEM bagi pelajar sekolah menengah yg berada di sekitar Mersing, dan Bengkel Etiket yang bertujuan memperkukuh kemahiran interpersonal pelajar. Pertandingan Video Promosi Program Jabatan, Pertandingan iComPro 8.0 yang mengetengahkan inovasi pelajar, dan Majlis Anugerah Ketua Jabatan sebagai penghargaan kepada pencapaian akademik. Semua aktiviti ini telah dirancang dengan elemen interaktif dan inklusif agar memberi pendedahan menyeluruh kepada pelajar.

Majlis Penutup BIZeCom Week 2.0 telah dilaksanakan sebagai simbol penutupan rasmi dan tanda penghargaan kepada semua pelajar, pensyarah, penceramah jemputan dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Secara keseluruhan, program ini telah mencapai objektif yang digariskan iaitu mencungkil bakat pelajar, memupuk semangat keusahawanan dan kesukarelawan, serta memperkukuh jaringan kerjasama antara institusi, komuniti dan industri. Program ini juga menyerlahkan peranan aktif Jabatan Perdagangan dalam menerajui pembangunan pelajar berimpak tinggi di Politeknik Mersing. Syabas diucapkan kepada seluruh warga Jabatan Perdagangan atas komitmen dan kerjasama padu dalam menjayakan BIZeCom Week 2.0 ini.

Read More

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐔𝐃𝐄𝐍𝐓𝐒’ 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐂𝐓𝐒 𝐄𝐗𝐇𝐈𝐁𝐈𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐕𝐨𝐥. 𝟏𝟒 (𝐒𝐏𝐄𝐗’𝟏𝟒)

𝟑𝟎 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐑𝐀𝐁𝐔 | 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐀𝐓𝐀 𝐌𝐀𝐑𝐉𝐀𝐍, 𝐏𝐌𝐉

Pada 30 April 2025, seramai 62 pelajar dari tiga jabatan induk iaitu JKE, JTMK dan JP telah menyertai PROGRAM PERTANDINGAN STUDENTS’ PROJECTS EXHIBITION Vol. 14 (SPEX’14). JKE telah disertai oleh 3 orang pelajar, JTMK pula disertai oleh 9 kumpulan dimana setiap kumpulan terdiri daripada 3 orang pelajar dan JP pula disertai oleh 8 kumpulan dimana setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang pelajar. SPEX’14 pada kali ini telah memberikan 4 anugerah utama iaitu:

1. Anugerah Projek Kreatif

2. Anugerah Projek Inovasi

3. Anugerah Projek Mampan

4. Anugerah Utama Keseluruhan

Penerima-penerima anugerah adalah seperti berikut:

🥇 ANUGERAH PROJEK KREATIF

Jabatan : JTMK

📘 Tajuk : DETECTION BIN

👨‍💼 Penyelia: NIK NUR FAIZAH BINTI NIK HASSAN

👨‍💼 Ahli Kumpulan:

• AMIRULARIF BIN ‘AINI

• MUHAMMAD DANISH BIN SABARUDIN

• MUHAMMAD HAZIQ BIN AHMAD PUZI

🥇 ANUGERAH PROJEK INOVASI

Jabatan : JP

📘 Tajuk : TAPIYUMZ CRUNCHY

👨‍💼 Penyelia: FATINSYUHANA BINTI ABDUL GHANI

👨‍💼 Ahli Kumpulan:

• MUHAMMAD ZULKARNAIN BIN ABDUL HALIM

• MOHAMAD AZHARITH AIMAN BIN LANI

• ABIHILL DANIEL ANAK NYUMPING

• JAGANADHAR A/L DAVONDOR

🥇 ANUGERAH PROJEK MAMPAN

Jabatan : JKE

📘 Tajuk : CLEAN IT AC SENSOR

👨‍💼 Penyelia: RASIDAH BINTI RUSMAN

👨‍💼 Ahli Kumpulan:

• MUHAMMAD AKMAL HAKIM BIN MOHD AZHAR

🥇 ANUGERAH UTAMA KESELURUHAN

Jabatan : JTMK

📘 Tajuk : DETECTION BIN

👨‍💼 Penyelia: NIK NUR FAIZAH BINTI NIK HASSAN

👨‍💼 Ahli Kumpulan:

• AMIRULARIF BIN ‘AINI

• MUHAMMAD DANISH BIN SABARUDIN

• MUHAMMAD HAZIQ BIN AHMAD PUZI

👏 Syabas atas komitmen, daya usaha dan inovasi yang ditampilkan!

Semoga terus cemerlang dalam memperkasa budaya penyelidikan dan inovasi di PMJ. 🌟

Read More

Students’ Project Exhibition (SPEx’14)

30 APRIL 2025 | RABU | DEWAN PERMATA MARJAN, POLITEKNIK MERSING

Politeknik Mersing telah berjaya menganjurkan Students’ Project Exhibition (SPEx’14) pada 30 April 2025. Bertemakan “Boosting Innovation Through Transformation”, pameran ini menampilkan pelbagai inovasi dan hasil projek pelajar daripada tiga jabatan utama iaitu Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), dan Jabatan Perniagaan (JP).

Sebanyak lebih 20 projek telah dipamerkan, merangkumi bidang teknologi, kejuruteraan, serta perniagaan dan keusahawanan. Antara projek yang mencuri tumpuan ialah “Detection Bin” dari JTMK yang berjaya menggondol Anugerah Keseluruhan, sekaligus memenangi kategori Creative & Productive.

Sementara itu, projek “Clean IT AC Sensor” dari JKE telah menerima pengiktirafan dalam kategori “Sustainability Impact”, manakala “Tapiyumz Crunchy” dari JP dinobatkan sebagai projek paling inovatif.

Antara projek lain yang mendapat perhatian ialah:

Smart People Tracking and Recovery Device (JKE) – Anugerah PERAK

Home Fire Alarm System (JKE) – Anugerah GANGSA

Ecaretrack – 2 (JKE) – Anugerah EMAS

SOHO NetGuard (JTMK) – Anugerah PERAK

DASM – Digital Attendance System Management (RFID) (JTMK) – Anugerah GANGSA

Tapiyumz Crunchy (JP) – Anugerah EMAS

Herballuxe (JP) – Anugerah PERAK

Greenify Bin (JP) – Anugerah GANGSA

Program ini bertujuan untuk menggalakkan kreativiti, inovasi dan kebolehan penyelesaian masalah dalam kalangan pelajar serta menjadi platform awal memperkenalkan hasil ciptaan mereka kepada umum dan industri.

Read More

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐈𝐋 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐊𝐄 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐈𝐓 𝐋𝐀𝐏𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐒𝐄𝐍𝐀𝐈

𝟔 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐒𝐀 | 𝐋𝐀𝐏𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐒𝐄𝐍𝐀𝐈, 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑

Pada 6 Mei 2025, seramai 30 orang pelajar bersama 5 orang pensyarah dari Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), Politeknik Mersing telah menyertai lawatan Sambil Belajar ke Bahagian IT Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor.

Lawatan ini direalisasikan melalui kerjasama strategik bersama alumni JTMK (AluMers) , En. Hari Ghanessh a/l Suvendran, yang kini bertugas di Lapangan Terbang Antarabangasa Senai. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai atas sambutan mesra yang diberikan, serta ucapan terima kasih yang istimewa kepada En. Hari Ghanessh dalam lawatan yang amat bermakna ini.

🔎 Lokasi Utama yang Dikunjungi:

1. Senai Business Aviation Terminal

2. Senai Cargo Terminal

💡 Hasil Pembelajaran Sepanjang Lawatan:

✅ Mendapat pendedahan terhadap operasi perniagaan dan peranan strategik Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dalam ekosistem industri penerbangan.

✅ Mendengar taklimat daripada Pengurus ICT mengenai infrastruktur teknologi maklumat lapangan terbang, merangkumi sistem aplikasi, keselamatan siber dan pengurusan rangkaian yang menyokong operasi harian.

✅ Menjalani lawatan ke Senai Cargo Terminal serta mendengar taklimat menyeluruh daripada pegawai pengendalian darat tentang keseluruhan aliran proses logistik kargo — bermula dari penerimaan, penyimpanan, pemeriksaan keselamatan, dokumentasi hinggalah ke pemuatan ke pesawat.

Lawatan ini telah memberikan pelajar pengalaman pembelajaran dunia sebenar berkaitan sistem ICT dan operasi logistik dalam sektor penerbangan, sekaligus memperkukuh kefahaman mereka melebihi apa yang dipelajari di bilik kuliah.

Sekali lagi, ribuan terima kasih kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan En. Hari Ghanessh atas peluang dan sokongan yang diberikan. Semoga kolaborasi bersama alumni dan industri seperti ini dapat diteruskan dan diperkasakan pada masa akan datang.

Read More

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆 𝐊𝐄 𝐂𝐄𝐋𝐄𝐒𝐓𝐈𝐂𝐀 𝐄𝐋𝐄𝐂𝐓𝐑𝐎𝐍𝐈𝐂𝐒 (𝐌) 𝐒𝐃𝐍. 𝐁𝐇𝐃

𝟕 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐑𝐀𝐁𝐔 | 𝐒𝐄𝐍𝐀𝐈, 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑

Barisan Pengurusan Politeknik Mersing yang diketuai oleh Ts. Dr. Robert @ Kerk Swee Tian, Pengarah Politeknik Mersing hari ini berbesar hati mengadakan lawatan rasmi pengurusan tertinggi ke rakan industry iaitu Celestica Electronics (M) Sdn. Bhd., salah satu peneraju global dalam sektor teknologi dan pembuatan elektronik.

Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan strategik antara Politeknik Mersing dan industry disamping lawatan balas selepas majlis menandatangani LOI tempoh hari. Ia juga memberi peluang kerjasama dalam bidang latihan industri, pembangunan kurikulum berasaskan industri, pemindahan teknologi, dan kebolehpasaran graduan.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan Celestica atas sambutan mesra dan perkongsian berharga sepanjang sesi lawatan ini. Semoga hubungan ini dapat diperkukuh demi melahirkan graduan TVET yang lebih kompeten, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran industri global.

🤝 Bersama membina masa depan pendidikan teknikal negara.

Read More