π’π˜ππ„π‘π†π˜ π‚πŽπ‹π‹π€ππŽπ‘π€π“πˆπŽπ ππ„ππ‚π‡πŒπ€π‘πŠπˆππ†

π’π˜ππ„π‘π†π˜ π‚πŽπ‹π‹π€ππŽπ‘π€π“πˆπŽπ ππ„ππ‚π‡πŒπ€π‘πŠπˆππ† π…πŽπ‘ π†πŽπŽπƒ ππ‘π€π‚π“πˆπ‚π„π’ @ ππˆππ†πŽπ‹ π”ππˆπ•π„π‘π’πˆπ“π˜, π“π”π‘πŠπˆπ˜π„
πŸπŸ” πŒπ„πˆ πŸπŸŽπŸπŸ’ | 𝐀𝐇𝐀𝐃 | ππŽπ‹πˆπ“π„πŠππˆπŠ πŒπ„π‘π’πˆππ†

Lensa antarabangsa Politeknik Mersing hari ini melebarkan sayap dengan mengadakan Lawatan Kolaborasi Bersinergi untuk Penandaarasan Amalan Baik bertempat di Bingol Universiti, Turki pada 17-26 Mei 2024. Lawatan yang disertai oleh 7 orang Pegawai ini bertujuan untuk mewujudkan sinergi kerjasama dalam pembangunan kapasiti, meningkatkan kepakaran TVET dan kerjasama penyelidikan seterusnya memperkasakan kepimpinan bagi memastikan kelestarian halatuju transformasi JPPKK 2023-2030. Selain itu, lawatan ini juga membawa satu perspektif yang kontras dengan menampilkan perbezaan dari segi budaya, bahasa, pengurusan institusi dan pelbagai lagi. Namun daripada perbezaan ini wujud satu persamaan dimana hala tuju institusi pengajian adalah kearah kecemerlangan graduan.

Delegasi dari PMJ telah disambut oleh Assoc. Prof. Dr. Imran Aslan, Pensyarah dari Fakulti Pengurusan Kesihatan. Lawatan dimulakan dengan melawat ke Fakulti Pengurusan Kesihatan. Di sini intipati perbincangan ialah kearah keselamatan dan kesihatan pekerja serta kajian kolaborasi yang sedang dilaksanakan bersama institusi di Malaysia. Seterusnya, delegasi telah dibawa ke Bingol Universitesi Modern Aricilik Kompleksi (Pusat Penternakan dan Penyelidikan Lebah dan Madu). Pusat ini dilengkapi dengan pelbagai proses kerja dalam penghasilan dan penyelidikan yang berkaitan dengan lebah dan madu memandangkan Bingol terkenal sebagai salah satu daerah yang banyak menghasilkan produk tersebut. Justeru itu, pelbagai kajian yang berimpak telah dilaksanakan disini dalam memastikan kualiti dan kuantiti madu mereka adalah terbaik di Turki.

Delegasi PMJ terus dibawa ke Fakulti Kesenian, Sains dan Bahasa Asing dan Pejabat Ketua Unit Pengantarabangsaan Bingol University. Diskusi telah dilaksanakan bersama Assoc. Prof. Dr. Ahmet Kayintu, Ketua Unit Pengantarabangsaan Bingol University. Kedua-dua pihak telah mengadakan perbincangan kearah program-program antarabangsa seperti program mobiliti dan Erasmus+. Lawatan diteruskan dengan lawatan ke Bee & Local Product Research Centre. Di sini pelbagai kajian penyelidikan dan inovasi berasaskan lebah dan madu telah dihasilkan. Pusat ini turut mendapat biaya dari pelbagai institusi yang sedikit sebanyak dapat menggalakkan lebih banyak kajian dan produk yang berkualiti dihasilkan. Pelbagai pengetahuan diperolehi antaranya bunga-bunga yang boleh menjadi nutrien kepada lebah dan teknik-teknik untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti madu. Kemudian, delegasi PMJ dibawa melawat ke Selahaddin-i Eyyubi Kutuphanesi (Perpustakaan). Terdapat pelbagai ruang dan kemudahan yang lengkap disediakan untuk kegunaan para pelajar di Bingol University. Lawatan diteruskan dengan Entrepreneurship Student Centre dan makmal sains.

Di akhir lawatan, satu seminar telah dilaksanakan. Seminar ini dikendalikan oleh Assoc. Prof. Dr. Imran Aslan, sementara pembentangan dari Politeknik Mersing diketuai oleh Ts. Raja Faraazlina selaku Ketua Unit Komunikasi Korporat dan dibantu oleh Cik Norhaslinda Binti Muhamadin selaku Pegawai Antarabangsa Politeknik Mersing. Pembentangan ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan Politeknik Mersing kepada warga Bingol University. Sebagai tambahan, turut disampaikan ialah Pengurusan Kesihatan dalam Perspektif Malaysia. Sesi soal jawab turut diadakan untuk memberi dampak yang tinggi kepada imej dan keterlihatan Politeknik sebagai penyedia TVET utama dilensa antarabangsa secara umumnya. Hasil daripada program ini, Politeknik Mersing dapat memperkukuhkan kerjasama akademik, kolaborasi penyelidikan dan inovasi seterusnya membuka akses kepada fasiliti dan teknologi, meningkatkan kemahiran bahasa dan budaya bersama Bingol University. Pertukaran idea dan amalan terbaik antara kedua-dua institusi ini berpotensi mempertingkatkan kualiti pendidikan dan penyelidikan di Politeknik Mersing secara menyeluruh. Semoga akan lebih banyak program yang berimpak tinggi dihasilkan dengan bermulanya lawatan ini. Lebarkan sayap untuk terbang lebih tinggi tanpa melupakan akar yang kekal mengukuh ke bumi.

Read More

KEM KEUSAHAWANAN SGN-REACTOR ENTRECAMP JOHOR

10 pelajar Politeknik Mersing dari Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) dan Jabatan Perdagangan (JP) telah mengikuti Kem keusahawanan SGN-Reactor EntreCamp Johor yang diadakan di EduCity Hub, Johor Bharu, bermula 18 hingga 19 Mei 2024. Turut bersama mentor bagi kumpulan Vis.io (Puan Nur Hanis Mohd Zain) dan kumpulan The Na’s (Puan Jama’latun Sa’diah binti Ramli).

Dianjurkan bersama oleh SGN dan Reactor School, EntreCamp Johor adalah bootcamp keusahawanan yang direka untuk pelajar dan inovator muda. Melalui kem ini, peserta dibimbing melalui proses mengenal pasti masalah, membina penyelesaian, dan membentangkan projek mereka, dalam persekitaran yang intensif dan kolaboratif.EntreCamp Johor turut disertai peserta yang terpilih dari Universiti Awam dan swasta disekitar Johor, dan juga peserta dari luar negara.
Dengan mempertaruhkan alat bantuan untuk orang kurang penglihatan, pasukan Vis.io akhirnya telah berjaya menempa nama ke peringkat akhir EntreCamp Malaysia, mendahului 16 pasukan dari Universiti Awam dan Swasta untuk ke peringkat akhir yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada bulan Julai 2024. Vis.Io dianggotai oleh pelajar Semester 4 dan 2 dari JTMK; Zarri Rasha binti Hakimi (Ketua Kumpulan), Syamendrra Rubes A/L Subas, Muhammad Fauzi bin Adabi, Harvin A/L Subramanian dan Shaila Ashmi Nair A/P Sivasegaran.

Semoga beroleh kejayaan buat pasukan Vis.io!

Read More

Successful Completion of Hands-On Workshop: Exploration into Solar Photovoltaic (PV) System!

We are thrilled to announce the successful completion of our 2-day Hands-on Workshop: Exploration into Solar Photovoltaic (PV) System, held on 15th and 16th May 2024 at Politeknik Mersing (PMJ). This workshop was conducted by Department of Electrical Engineering in collaboration with the IEEE Malaysia Section, under the Educational Activities Committee (EAC) Project Development Grant 2024, and supported by IEEE Region 10 (Asia) and IEEE Malaysia Section.
The workshop brought together 20 students from SMK Kahang and SMK Sultan Abdul Jalil, along with their dedicated teachers. Over the course of two days, participants had the unique opportunity to dive deep into the world of solar energy, exploring its potential and understanding its importance in our journey toward a sustainable future.
Workshop Highlights:
β€’ Opportunities in IEEE for Members & Volunteers;
β€’ An introduction to solar energy from a Malaysian perspective;
β€’ Six engaging hands-on experiments, including current, voltage, and power measurements, irradiation and temperature assessments, and the characteristics of solar panels;
β€’ A visit to a small-scale solar project at PMJ; and
β€’ Interactive discussions and data analysis sessions.
This workshop not only provided practical knowledge and skills but also inspired young minds to consider careers in renewable energy and technology. The enthusiasm and curiosity displayed by the students were truly commendable, and we are confident that they will be future leaders in the green energy revolution.
We extend our heartfelt gratitude to IEEE Malaysia Section, IEEE Region 10, the organizing committee, and all the participants for making this workshop a resounding success. Together, we are paving the way for a brighter and more sustainable future.
Stay tuned for more exciting outreach events from PMJ!
Read More

𝐅𝐋𝐀𝐆 πŽπ…π… π’π˜ππ„π‘π†π˜ π‚πŽπ‹π‹π€ππŽπ‘π€π“πˆπŽπ ππ„ππ‚π‡πŒπ€π‘πŠπˆππ† π…πŽπ‘ π†πŽπŽπƒ ππ‘π€π‚π“πˆπ‚π„π’ @ ππˆππ†πŽπ‹ π”ππˆπ•π„π‘π’πˆπ“π˜, π“π”π‘πŠπˆπ˜π„

Politeknik Mersing telah mengambil satu langkah ke hadapan sesuai dengan matlamat PMJ terbang tinggi dengan mengadakan satu sinergi kolaborasi bersama Bingol Universiti, Turki. Seramai 7 orang Pegawai terlibat dalam kunjungan hormat dan lawatan kerja ke Bingol Universiti, Turki yang berlangsung pada 17-26 Mei 2024 ini.
Antara objektif kunjungan hormat dan lawatan kerja ini adalah bagi mewujudkan sinergi kerjasama dalam pembangunan kapasiti, meningkatkan kepakaran TVET Negara dan kerjasama penyelidikan seterusnya memperkasakan kepimpinan bagi memastikan kelestarian halatuju transformasi JPPKK 2023-2030.
Diharap usaha dari Delegasi PMJ ini dapat memberi dampak yang tinggi kepada imej dan keterlihatan Politeknik sebagai penyedia TVET utama dilensa antarabangsa.
Read More

𝐅𝐋𝐀𝐆 πŽπ…π… 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 π‰π“πŒπŠ πŠπ„ ππ„π‘π“π€ππƒπˆππ†π€π ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ 𝐏𝐑𝐀-πŠπ„π‹π€π˜π€πŠπŠπ€π π–πŽπ‘π‹πƒπ’πŠπˆπ‹π‹π’ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ ππ„π‹πˆπ€ (π–π’πŒπ) πŸπŸŽπŸπŸ’

Dimaklumkan 9 pelajar Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) menyertai Pertandingan Peringkat Pra-Kelayakkan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) 2024 di UTEM Melaka bermula 14-15 Mei 2024 minggu ini.
✨ Diharap berkat kesungguhan jurulatih, pelajar serta alumni dalam membimbing peserta untuk mewakili Politeknik dalam Pertandingan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) 2024 akan membuahkan hasil dengan kesemua peserta layak mewakili Politeknik dalam peringkat akhir Pertandingan. Semoga berjaya ke peringkat seterusnya mewakili Malaysia dalam WSMB dan moga PMJ maju lebih tinggi ✨
Read More

PMJ PARTICIPATION IN MALAYSIAN YOUTH PLEDGE IN CONJUNCTION WITH NATIONAL YOUTH DAY 2024

National Youth Day (HBN) is celebrated on May 15 every year with various fillings including Reading of the Malaysian Youth Pledge, National Integrity Youth Convention and Young Peer Lifestyle Activities. This endeavor has been able to unite the youth across Malaysia in fueling the HBN 2024 Celebration this time around.
Similarly, the Sports, Culture and Co-curriculum Department (JSKK), Mersing Polytechnic is also not left behind in celebrating the National Youth Day 2024 with the Reading of the Malaysian Youth Pledge and further the PMJ student pledge.
Themed ‘Yakin Can’ this celebration is a recognition for all PMJ students who are young people who are skilled in the field of TVET. Surely You Can !!
Happy National Youth Day 2024 !
Read More

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π‘π‰π€ π”πŒπ“ πŠπ„ π‰πŠπ„ ππŒπ‰

Kunjungan Hormat Lawatan Kerja UTHM ke Jabatan Kejuruteaan Elektrik, PMJ yang telah diketuai oleh Prof Madya Ts. Dr Salisa Binti Abdul Rahman, Timbalan Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan (FTKK) telah berlangsung pada 14 Mei 2024.
Turut sama dalam kunjungan ini ialah Dr Wan Hafiza Binti Wan Hassan, En. Zulkifli Mohd Yusop dan Dr. Muhammad Syarifuddin Bin Yahaya.
Tujuan lawatan ini adalah untuk mengadakan perbincangan akademik dan mempromosikan program-program yang ditawarkan di FTKK, UMT kepada pelajar-pelajar JKE, PMJ.
Diakhir sesi kunjungan hormat ini, para pelajar telah diberi peluang dan ruang untuk berinteraksi secara aktif bersama delegasi UMT yang hadir. Semoga Kunjungan Hormat Lawatan Kerja UMT ke JKE, PMJ dapat meningkatkan motivasi para pelajar untuk mencapai gred yang terbaik pada setiap kursus yang diambil, serta membuka ruang dan peluang untuk menyambung pengajian setelah tamat belajar di peringkat Diploma.
Read More

πŒπ„πŒππ€ππ†π”ππŠπ€π πŒπ€π“π‹π€πŒπ€π“ ππ„πŒππ€ππ†π”ππ€π πŒπ€πŒππ€π πƒπˆ πŒπ„π‘π’πˆππ† πŒπ„π‹π€π‹π”πˆ ππ„ππ†π‹πˆππ€π“π€π πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ 𝐃𝐀𝐍 π„πŠπŽ ππ„π‹π€ππ‚πŽππ†π€π

Pada 12 Mei 2024, SmartGreen Politeknik Mersing bersama Pelajar Kelab Mesra Alam telah megikuti Acara terakhir siri Pra-Persidangan Sidang Kemuncak SDG 2024: Wilayah Timur bertemakan “Tindakan Iklim dalam Menangani Impak Perubahan Iklim”, yang telah berlangsung di KampungStay@Teluk Buih, di Mersing, Johor. Program ini dianjurkan oleh ECERDC dengan kerjasama United Nations Development Programme (UNDP) yang disokong oleh Global Environment Centre (GEC), Tengah Island Conservation (TIC), dan Reef Check Malaysia.
Program pra-persidangan ini juga melibatkan sesi taklimat oleh UNDP, TIC, dan GEC mengenai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), aktiviti praktikal, dan penanaman pokok oleh peserta-peserta melebihi 30 orang yang terdiri daripada pelajar Politeknik Mersing serta pelbagai agensi dan pihak berkuasa tempatan.
Hadir di program tersebut adalah Dato’ Ragu Sampasivam, Ketua Pegawai Operasi ECERDC, Tn. Jamil Hasni bin Abdullah, Pegawai Daerah Mersing; En. Azfaazam Kasbani, Pengarah Pusat SDG Kebangsaan; Pn. Sheela Inthiram, Penolong Pengarah (Pembangunan Mampan) Bahagian Ekonomi Alam Sekitar dan Sumber Asli, Kementerian Ekonomi; En. Muhammad Lutfi bin Abbas, Penolong Pegawai Daerah Segamat; pegawai-pegawai alam sekitar dari Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor, wakil daripada Kementerian Ekonomi, Pejabat Daerah Mersing, Pejabat Daerah Segamat, dan para pemegang taruh utama lain.
Siri pra-persidangan bagi Sidang Kemuncak SDG 2024: Wilayah Pantai Timur ini merupakan yang terakhir sebelum membuka tirai Sidang Kemuncak Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Malaysia 2024: Wilayah Pantai Timur yang akan diadakan pada 19 Mei 2024 di Kuala Terengganu. Sekalung penghargaan kepada semua peserta yang telah memberi komitmen yang tinggi sepanjang program berlangsung.
Read More

πŠπ”ππ‰π”ππ† π‡πŽπ‘πŒπ€π“ ππŽπ‹π˜π‚π‚ ππ„π†π„π‘πˆ π‰πŽπ‡πŽπ‘ πŠπ„ 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐘𝐁 πƒπ€π“πŽ’ 𝐎𝐍 𝐁𝐈𝐍 𝐉𝐀𝐁𝐁𝐀𝐑, π“πˆπŒππ€π‹π€π π’π„π“πˆπ€π”π’π€π‡π€ πŠπ„π‘π€π‰π€π€π π‰πŽπ‡πŽπ‘

Pada 12 Mei 2024, Puan Fadzillah Binti Mohd Yusof, Pengarah Politeknik Mersing telah mengikut satu Lawatan Kunjung Hormat Polycc Negeri Johor Ke Atas YB Dato’ On Bin Jabbar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia Dan Sukarelawan) di Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Iskandar Puteri. Lawatan ini turut disertai oleh Pengarah-Pengarah PolyCC Zon Johor, Pegawai Penerangan dan Pegawai Belia dan Sukan PolyCC Zon Johor.
Tujuan lawatan adalah untuk mewujudkan hubungan kerjasama dua hala di antara PolyCC Zon Johor dengan Kerajaan Negeri khususnya bagi melibatkan para Belia dalam Pendidikan TVET di Negeri Johor. Semoga hubungan ini memberi impak positif kepada POLYCC dalam menjadi sebuah Institusi TVET yang dapat melahirkan pelajar-pelajar yang aktif dan cemerlang dalam bidang masing-masing. POLYCC pilihan utama pelajar lepasan SPM. TVET pilihan utama kerjaya.
Read More

𝐒𝐓𝐔𝐃𝐄𝐍𝐓𝐒’ ππ‘πŽπ‰π„π‚π“π’ π„π—π‡πˆππˆπ“πˆπŽπ π•πŽπ‹.πŸπŸ‘ π’π„π’π’πˆπŽπ 𝐈𝐈 πŸπŸŽπŸπŸ‘/πŸπŸŽπŸπŸ’

Pada 8 Mei 2024 telah berlangsung Students’ Projects Exhibition Vol.13 Session II 2023/2024 yang dianjurkan Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersial, Politeknik Mersing di Dewan Permata Marjan, Politeknik Mersing.
Sebanyak 61 projek dari pelajar semester akhir sesi II 2023/2024 dipertandingkan melibatkan kesemua jabatan iaitu JKE, JTMK dan JP dan dari jumlah tersebut hanya 27 projek sahaja yang terpilih ke SPEX’13. Program ini telah memberikan fokus kepada projek pitching dan inovasi projek akhir pelajar yang telah melepasi kriteria yang ditetapkan oleh setiap jabatan akademik di Politeknik Mersing. Objektif utama program ini adalah untuk mengenalpasti produk inovasi yang berpotensi tinggi untuk diketengahkan dan dikomersialkan ke peringkat yang lebih tinggi.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Dr. Anwar bin Hamid @ Pa, Timbalan Pengarah, Unit Inovasi, Pusat Penyelidikan dan Inovasi, JPPKK. Turut berlangsung ialah Pelancaran e-Jurnal PMJ – Southern International Journal. Hadir sama ialah Puan Fadzillah Binti Mohd Yusof, Pengarah PMJ, Dr. Setiawan Binti Hardono, Timbalan Pengarah Akademik, Dr. Norazlina Binti Ahmad, Ketua Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersial (KUPIK). Manakala untuk SPEX’13 ini seramai 3 orang Juri telah dilantik di kalangan rakan industri, dan 3 orang Juri di kalangan akademik yang diketuai oleh Ts. Mohamad Falihin Bin Yusof dari Falah Techno Development.
Berikut adalah Keputusan penuh Spex’13 Sesi II 2023/2024:-
Penerima Anugerah Emas:
1. JKE13 LEVERAGING IOT FOR EFFICIENT AND AFFORDABLE
2. JP12 VERSA.CO
3. JP03 RFID PIGEON HOLE
4. JP07 BIZZDISK MASTERY
5. JP08 GUAVA MINT SOAP SCRUB
6. JKE20 BABY CRADLE MONITORING SYSTEM
7. JTMK13 SWORD OF CODE : LEARN CODING AND ADVENTURE
8. JTMK23 IMPLEMENTATION AND DEVELOPMENT OF SECURE WEB
Penerima Anugerah Perak:
9 JP10 AQUAGUARD TREKFLOW
10 JTMK22 IMPLEMENTATION OF WEB BASED REGISTRATION AND ATTENDANCE OF LITTLE UNAIS KINDERGARTEN
11 JTMK17 AL-KHAIRIAH EDUWALLET
12 JTMK11 JFH CONSULTANT WEBSITE
13 JTMK06 GROVE GLIDE (WOODBALL SCORE APPLICATION)
14 JP05 CONVERTIBLE LAPTOP PLATFORM (CLAP)
15 JTMK02 CRASHPROOF SENTRY
16 JTMK25 I-SAFE QUESTZANIA
17 JKE18 Auto feeder shrimp
18 JP06 TASTE N’ TECH
19 JTMK07 AQUARIUM WATER QUALITY SYSTEM
Penerima Anugerah Gangsa:
20 JKE09 SMART TURTLE EGG HATCHING
21 JP02 SAFETY SCHOOL TRANSPORT
22 JKE17 ARDUINO PULSE RATE OXYGEN MONITOR
23 JKE12 HOME AUTOMATION WITH ESP32 USING TELEGRAM
24 JKE03 RFD SPOTIFY CONTROLLER
25 JKE01 Temperature Camera
26 JKE06 VERTICAL HYDROPONIC SYSTEM
27 JKE08 AUTOMATION TISSUE DISPENSER
Anugerah Terbaik Setiap Jabatan
JKE13 LEVERAGING IOT FOR EFFICIENT AND AFFORDABLE
JTMK13 SWORD OF CODE : LEARN CODING AND ADVENTURE
Anugerah Inovatif
JTMK13 SWORD OF CODE : LEARN CODING AND ADVENTURE
Anugerah Kreatif
Anugerah Mampan
JKE13 LEVERAGING IOT FOR EFFICIENT AND AFFORDABLE
Anugerah Khas Juri
JTMK CITY WARDEN
Juara Keseluruhan
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Menjadi harapan dengan pelaksanaan pertandingan SPEX’13 dapat mencapai objektif yang disasarkan dan mendapat sokongan padu daripada pelbagai pihak. Secara tidak langsung program ini dapat membantu melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan, kreatif dan inovatif untuk meningkatkan nilai kebolehpasaran dan dapat bersaing di alam pekerjaan. Diharapkan juga aktiviti pameran ini dapat membantu pelajar dalam mengetengahkan produk bermutu dan berpotensi tinggi dalam melestarikan budaya inovasi di kalangan pelajar – pelajar politeknik. Sekalung penghargaan dan terima kasih buat semua yang telah menjayakan SPEX’13 ini.
Read More