JKE INDUSTRY EXPERT ENRICHMENT PROGRAM (IEEP) 2024: ROBOT WORKSHOP – ARDUINO EXPLORATION FOR AUTOMATION

22 OKTOBER 2024 | SELASA | POLITEKNIK MERSING

Jabatan Kejuruteraan Elektrik telah menganjurkan JKE INDUSTRY EXPERT ENRICHMENT PROGRAM (IEEP) 2024: ROBOT WORKSHOP – ARDUINO EXPLORATION FOR AUTOMATION pada 21-22 Oktober 2024 bertempat di Makmal JKE, PMJ. Program ini menampilkan penceramah jemputan, En Fahmi dan Ts. Khairul Anuar dari Bizbot Technology.

Program ini bertujuan memberi memberi pendedahan terhadap asas robotik dan penguasaan Arduino. Program ini menyediakan peluang kepada peserta untuk memahami asas-asas robotik dan aplikasi praktikalnya. Kandungan program ini merupakan sebahagian daripada elemen penting yang terdapat di dalam kursus DEC 40053 – Embedded System Application, DEC 50122 – Embedded Robotic & DEC 50132 – Internet Based Controller.

Melalui kerjasama industri dengan Politeknik Mersing, Program seperti ini dapat memberikan impak yang positif kepada peserta untuk memperolehi pengetahuan dan kemahiran teknikal dalam bidang robotik dan Arduino, sekaligus membangunkan kreativiti, inovasi, serta kemahiran insaniah seperti kerja berpasukan dan penyelesaian masalah.

Semoga perkongsian ini memberi impak dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan kelak. Sekalung penghargaan buat semua yang terlibat.

Read More

JKE INDUSTRY EXPERT ENRICHMENT PROGRAM (IEEP) 2024: THE ULTIMATE RESUME WORKSHOP – KUNCI KEJAYAAN ANDA!

17 OKTOBER 2024 | KHAMIS | POLITEKNIK MERSING

Jabatan Kejuruteraan Elektrik telah menganjurkan JKE INDUSTRY EXPERT ENRICHMENT PROGRAM (IEEP) 2024: THE ULTIMATE RESUME WORKSHOP – KUNCI KEJAYAAN ANDA! Program ini menampilkan penceramah jemputan, Mr. Andrew Lee dan Ms. Livenya Sree dari Revo Global Sdn. Bhd.

Melalui kerjasama dengan Politeknik Mersing, Revo fokus pada memperkasa pelajar dengan menyediakan akses kepada sumber kerjaya yang memudahkan para pelajar dalam menghasilkan resume yang ringkas dan padat. Program ini memberikan pengalaman langsung dalam membina resume profesional, meningkatkan kemahiran temuduga, dan memahami jangkaan industri. Pelajar JKE PMJ dapat manfaat daripada kandungan yang disesuaikan dengan laluan kerjaya mereka sama ada mereka memasuki bidang kejuruteraan, IT, perniagaan, atau sains.

Program ini memberi pendedahan kepada pelajar Semester 3 dan 5 melibatkan seramai 186 orang pelajar. Turut diadakan juga ialah Simulasi Temuduga yang memberi pendedahan secara langsung dengan teknik temuduga dan kemahiran insaniah. Menerusi simulasi ini juga pelajar terlibat dengan senario lakonan peranan dimana ianya membolehkan pelajar-pelajar dapat mengalami situasi sebenar pengambilan pekerja.

Semoga perkongsian ini memberi impak dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan kelak. Sekalung penghargaan buat semua yang terlibat.

Read More

FOREST WARRIORS – NATIONAL PARK EXPLORACE

23 OKTOBER 2024 | RABU | TAMAN NEGARA PULAU KUKUP

Pada 23 Oktober 2024, Jabatan Perdagangan anjuran bersama Persatuan Pelajar Jabatan Perdagangan berjaya menganjurkan Forest Warriors – National Park Explorace di Taman Negara Pulau Kukup.

Matlamat utama program ini adalah untuk memupuk kesedaran terhadap pemuliharaan alam semula jadi dan mengasah kemahiran insaniah pelajar seperti komunikasi, kerja berpasukan, dan penyelesaian masalah, sejajar dengan objektif TVET.

Selain itu, pelajar turut diberi pendedahan tentang beberapa spesies pokok bakau dan aktiviti menyemai anak pokok, sebagai usaha memelihara ekosistem hutan paya bakau serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingannya kepada alam sekitar.

Tahniah kepada semua peserta atas semangat luar biasa dan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini!

Read More

PROGRAM ENRICHMENT PAKAR INDUSTRI (IEEP) JELAJAH DUNIA SUMBER MANUSIA.

15 OKTOBER 2024 | SELASA | POLITEKNIK MERSING

Pada 15 Oktober 2024, Jabatan Perdagangan menganjurkan PROGRAM ENRICHMENT PAKAR INDUSTRI (IEEP) JELAJAH DUNIA SUMBER MANUSIA. Program ini menampilkan penceramah jemputan, Encik Mohamad Hafiz bin Abu Bakar, Penolong Pengarah Tenaga Kerja Cawangan Kluang.

Beliau berkongsi pengetahuan berharga mengenai pengurusan sumber manusia dan memberikan penerangan mengenai perundangan Akta Kerja 1955. Program ini memberi pendedahan kepada pelajar Semester 3 dalam kursus DPB30103 Introduction to Human Resource Management dan pelajar Semester 5 yang mengambil kursus DPB50123 Human Resource Management.

Semoga perkongsian ini memberi impak dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan kelak. Sekalung penghargaan buat semua yang terlibat.

Read More

LIGA ILMU SERANTAU (LIS) 2024 BAGI KATEGORI PEMBENTANG TERBAIK

15 OKTOBER 2024 | SELASA | UIS, BATAM, INDONESIA

Liga Ilmu Serantau 2024 telah melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang di Batam, Indonesia, menandakan satu lagi kejayaan dalam dunia akademik serantau. Tahniah diucapkan kepada semua pembentang yang berjaya mempersembahkan kertas kajian mereka, meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran dan kekangan. Semangat dan dedikasi mereka telah menyerlah dalam setiap pembentangan, memperlihatkan keupayaan intelektual yang tinggi dan inovasi yang menakjubkan.

Edisi kali ini menyaksikan detik bersejarah dengan penobatan pembentang terbaik dalam dua kategori utama, iaitu Kategori ‘Offline Room’ dan ‘Online Room’.

Berikut adalah senarai Pembentang Terbaik Liga Ilmu Serantau 2024 bagi Kategori Offline Room:

1. Room 1: Ts. Faizatulhaida binti Md Isa (UniMAP) Tajuk Kertas Kajian: A Narrative Review: Optimization Algorithm For The Problem Of Allocating Shelf Space In Retailing

2. Room 2: Ts. Norizah binti Md. Ishak (Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah) Tajuk Kertas Kajian: Face Recognition Based Smart Attendance System using Raspberry Pi

3. Room 3: Hemavathy A/P Govindasamy (Kolej Komuniti Bentong) Tajuk Kertas Kajian: Embracing Global Connections: Bentong Community College’s Transformative Collaboration with Workaway and Zul Highway Cafe

4. Room 4: Said Abdul Kadir (STAI Ibnu Sina) Tajuk Kertas Kajian: Konsep Pendidikan Adab Perspektif Syed Muhammad Naquib Al-Attas dan Implikasinya terhadap Pembaharuan Pendidikan Islam Kontemporer

5. Room 5: Nur Bazilah binti Khairudin (Politeknik Seberang Perai) Tajuk Kertas Kajian: The Impact of Digital Device Usage on Communication and Interpersonal Skills among Students at Politeknik Seberang Perai

6. Room 6: Ts. Zainolrin bin Saari (Politeknik Mersing) Tajuk Kertas Kajian: Arw@Yloc8 Drives the Transformation of Digital Age Navigation

7. Room 7: Ong Seng Keong (Politeknik Port Dickson) Tajuk Kertas Kajian: Pengkomputeran Hijau di Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Port Dickson: Pengetahuan dan Persepsi Amalan Pensyarah

8. Room 8: Nurul Balqish binti Abdul Wahab (Kolej Komuniti Arau) Tajuk Kertas Kajian: Physicochemical Properties and Sensory Evaluation of Bread Supplemented with Oyster Mushroom Powder

9. Room 9: Mohd Nahar bin Ahmad (Politeknik Port Dickson) Tajuk Kertas Kajian: Analysis of Driving Space for Formula Student Car for FMEC Competition 2023

10. Room 10: Shazana binti Mustapa (Politeknik Banting) Tajuk Kertas Kajian: Women in Aviation: Challenges and Opportunities

11. Room 11: Erina binti Ismail (Politeknik Port Dickson) Tajuk Kertas Kajian: A Conceptual Framework for Modelling the Causal Relationship between Instafamous Credibility and Entrepreneur Intentions

12. Room 12: Pramesti Nurul Adinda (Politeknik Jambi) Tajuk Kertas Kajian: Pengaruh Pendampingan Usaha bagi Tenaga Kerja Mandiri Pemula (TKNP) untuk Keberlanjutan Usaha di Kabupaten Merangin Provinsi Jambi

Berikut adalah senarai Pembentang Terbaik bagi Liga Ilmu Serantau Tahun 2024 (Online Room):

1. Room 1: Kathijah Mushfira binti Barhath Ahmad Idresss (UiTM) Tajuk Kertas Kajian: The Effectiveness of Eco-Friendly Insect Repellent Candle Formulated using Waste Cooking Oil and Neem

2. Room 2: Nik Nor Asima Ariffin (Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah) Tajuk Kertas Kajian: Evaluating the Efficacy of Lime and Alum in the Purification of Peat Soil Water: A Study on pH Neutralization and Turbidity Reduction

3. Room 3: Lian Ai Chen (Politeknik Melaka) Tajuk Kertas Kajian: Mobile Application Vehicle Security System

4. Room 4: Helmi bin Jamaludin (Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah) Tajuk Kertas Kajian: Tong Sampah Anti-Monyet menggunakan Mikropengawal Arduino

5. Room 5: Mohd Khairul Anuar bin Haron (Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah) Tajuk Kertas Kajian: Kesesuaian Penggunaan Hampas Sagu dalam Penghasilan Panel Serap Bunyi (Absorb Interlocking Panel)

6. Room 6: Jama’Latun Sa’Diah binti Ramli (Politeknik Mersing) Tajuk Kertas Kajian: Literasi Kewangan dan Kesannya terhadap Corak Perbelanjaan Pelajar di Jabatan Perdagangan, Politeknik Mersing

7. Room 7: Noor Azizah binti Mat (Politeknik Sultan Azlan Shah) Tajuk Kertas Kajian: Object Detection for Autonomous Robot using Roborealm

8. Room 8: Nurulfarida binti Mohamad Nadzri (Politeknik Mersing) Tajuk Kertas Kajian: Smart Wheel Life Cycle Model as a Medium for Teaching and Learning

9. Room 9: Holinson Emang Wan (Kolej Komuniti Miri) Tajuk Kertas Kajian: The Effectiveness of Class Booking System (CLABS) at Kolej Komuniti Miri Sarawak

10. Room 10: Ts. Puziahhaiza binti Pazui (Politeknik Mersing) Tajuk Kertas Kajian: Elaun Latihan Industri oleh Organisasi: Tinjauan di Kalangan Pelajar Politeknik Mersing

11. Room 11: Azrin Azli bin Suhaimi (Politeknik Muadzam Shah) Tajuk Kertas Kajian: Pembangunan C++ Maze Board sebagai Alat Bantu Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Pengaturcaraan C++

12. Room 12: Muhammad Fakhrur Razi bin Abu Bakar (Kolej Komuniti Mas Gading) Tajuk Kertas Kajian: Kajian Tahap Kepuasan terhadap Penggunaan Sistem E-Alumni

13. Room 13: Wan Noor Aiza binti Wan Azzam (Politeknik Mersing) Tajuk Kertas Kajian: Stress and Quality of Life among Students in Higher Education

Liga Ilmu Serantau bukan sekadar platform untuk pembentangan, tetapi medan yang membina masa depan lebih cerah melalui ilmu pengetahuan dan inovasi yang berdaya saing di peringkat serantau.

Tahniah diucapkan !

Read More

PROGRAM KHIDMAT BAKTI SOSIAL (BAKSOS) SEMPENA LIGA ILMU SERANTAU (LIS) 2024

14 OKTOBER 2024 | ISNIN | TELAGA PUNGGUR BATAM INDONESIA

Seramai 186 peserta dari Malaysia telah menyertai Program Khidmat Masyarakat di Lingkungan Sekolah Kabil, Telaga Punggur Batam.

Program yang bertemakan Berbagi Kesuksesan, Membangun Harapan ini telah dilaksanakan dengan jayanya melibatkan aktiviti penyerahan sembako, berbagi ilmu bersama para pelajar dan pembersihan sekolah serta surau.

Sebanyak 70 bungkusan sembako telah diagihkan kepada penerima yang terdiri daripada pelajar dan keluarga. Program yang bertujuan membangun kerjasama lintas negara dalam bidang sosial dan pendidikan ini turut dihadiri :

Asoc. Prof. Dr. Ir. Larisang MT., IPU
Rektor Universitas Ibnu Sina

Dr. H. Muhammad Juni Bedu, Lc. MA
Ketua STAI Ibnu Sina, Batam

Ir. Hj. Hilda Porawati M. T.
Direktur Politeknik Jambi, Indonesia

Assoc. Prof. Imran Aslan
Pensyarah kanan dalam bidang perubatan di Bingӧl University.

Dr. Siti Rosminah binti Md Derus
Timbalan Pengarah
Unit Penyelidikan
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia

Ts. Dr. Robert @Kerk Swee Tian
Pengarah Politeknik Mersing

Terima kasih kepada penganjur utama Universitas Ibnu Sina Batam, Sekolah Tinggi Agama Ibnusina, Politeknik Jambi, semua urusetia dan peserta kerana telah menjayakan program ini dengan penuh semangat.

Semoga jalinan serumpun antara negara khususnya dalam khidmat masyarakat seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Tahniah dan sekalung penghargaan buat semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Bersama berkongsi kejayaan dan membangun harapan.

Sumber : JK CSR LIS 2024

Read More

PERSIDANGAN LIGA ILMU SERANTAU (LIS 2024) MENCIPTA KEJAYAAN DENGAN PENYERTAAN TERAMAI DALAM PENGANJURANNYA

15 OKTOBER 2024 | SELASA | UNIVERSITAS IBNU SINA, BATAM, INDONESIA

𝐏𝐨𝐥𝐢𝐭𝐞𝐤𝐧𝐢𝐤 𝐌𝐞𝐫𝐬𝐢𝐧𝐠 (𝐏𝐌𝐉) bersama Politeknik Jambi bertindak sebagai rakan strategik dalam penganjuran Liga Ilmu Serantau 2024 (LIS2024) yang dianjurkan oleh Universitas Ibnu Sina (UIS). Acara ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 𝟐𝟓𝟕 𝐩𝐞𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚, di mana 𝟏𝟒𝟏 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 dilakukan secara dalam talian, manakala 𝟏𝟏𝟔 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 dilaksanakan secara bersemuka.

Acara ini juga menampilkan empat keynote speaker terkemuka:

𝐏𝐫𝐨𝐟. 𝐃𝐫. 𝐃𝐞𝐝𝐢 𝐀𝐟𝐚𝐧𝐝𝐢 DFM., Sp.FM., Subsp.EM(K).,MM.,MARS., MH

Profesor Faculty of Medicine, Riau University.

𝐀𝐬𝐬𝐨𝐜. 𝐏𝐫𝐨𝐟. 𝐈𝐦𝐫𝐚𝐧 𝐀𝐬𝐥𝐚𝐧

Pensyarah kanan dalam bidang perubatan di Bingӧl University.

𝐃𝐫. 𝐒𝐞𝐭𝐢𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐝𝐨𝐧𝐨

Pensyarah kanan dalam Program Senibina di Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Port Dickson.

𝐃𝐫. 𝐒𝐮𝐤𝐫𝐞𝐞 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐏𝐔𝐓𝐄𝐇

Timbalan Pengerusi Southern Thailand Higher Education Foundation.

Liga ini berfungsi sebagai platform untuk pertukaran ilmu dalam pelbagai bidang akademik dan profesional, sekaligus memperkukuh kerjasama antara institusi pendidikan tinggi di serantau.

Semoga kajian yang dijalankan oleh para peserta dapat dijadikan produk atau intipati yang berpotensi untuk menyokong kemampanan dan kelestarian negara. Ini juga merupakan langkah strategik untuk mempromosikan penemuan dan idea tempatan ke persada global, melalui transformasi digital yang tanpa had.

Read More

PROGRAM CARING HANDS FOOD FOR ALL

October 15, 2024 the Caring Hands: Food for All program, part of the Social Responsibility Polytechnic initiative has taken place at the Mersing Polytechnic Lecture Hall. The program aims to help 50 students from the Commerce Department who are eligible to receive food assistance.

The “Caring Hands: Food for All” program is a continuation of the activity through the sales collection obtained during the Mersing Polytechnic Convocation Fair 2024 Organized by DSK5A students of the Commerce Department together with the Mersing Polytechnic Student Affairs Department to fulfill the requirements of the Event Management course.

The program is also held in conjunction with the World Food Day celebrated on October 16 every year with the theme, “Good food for all, for today and tomorrow,” reminding us of the importance of ensuring access to healthy and sufficient food for all. Besides that a brief talk on the importance of a balanced diet and sustainability of food sources was delivered by Ts Murugan A/L Krishnan, Manager of Smartgreen Mersing Polytechnic.

Also present to brighten up the ceremony is Mrs. Aryati binti Ramlan, PMJ’s Managing Representative, Mr. Junaini bin Abd Kadir, PMJ HEP Officer and Mr. Ariffuddin bin Husof, DSK Program Head. Hopefully through this effort, students not only get physical benefits, but also the knowledge that will help them in their daily lives.

Read More

TURTLE ENVIRONMENT PROGRAM IN MERSING COMMUNITY, BIG ISLAND ORGANIZED BY MIDDLE ISLAND CONSERVATION (TIC)

14 OCTOBER 2024 | MONDAY | CENTRAL ISLAND, MERSING

Last October 13th to 14th, 2024 Mersing Polytechnic is pleased to accept the invitation of Tengah Island Conservation (TIC) to participate in the Turtle Hunting Program in Pulau Besar, Mersing. This program is a joint initiative to raise awareness about the importance of turtle conservation and environmental conservation among local communities and students of educational institutions.

As many as six students from the Electrical Engineering Department have participated in the program, including three from the Diploma in Electrical Engineering (DET) and three from the Diploma of Electrical & Electronics Engineering (DEE). They had the opportunity to participate in various activities such as a briefing session on turtle conservation, beach cleanups, and visits to the conservation site to see the turtle tracks.

The program also involved a discussion session with local communities titled “Role of Mersing Youth in Turtle Conservation Efforts”, which aims to encourage youth involvement in environmental conservation activities. Hopefully, through student participation in this program, they can not only increase knowledge and awareness about turtle conservation but also become agents of change in protecting the environment.

Mersing Polytechnic thanks TIC for the invitation and the close cooperation. May this effort be continued in the future to preserve the treasures of the environment and ecosystem sustainability in Mersing.

Read More

JOHOR INTERNATIONAL INNOVATION, INVENTION, COMPETITION & SYMPOSIUM (JIIICaS) 2024

13 OKTOBER 2024 | AHAD | UITM PASIR GUDANG, JOHOR.

TAHNIAH diucapkan kepada penerima anugerah emas dan perak yang mewakili Politeknik Mersing bersempena dengan Johor International Innovation, Invention, Competition & Symposium (JIIICaS) 2024 anjuran Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik & Matematik (KPPIM) di Perpustakaan Tun Dr Ismail, UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang.

Semoga kejayaan ini menjadi sumber inspirasi kepada semua untuk terus mencipta dan menginovasi dimasa akan datang.

Read More