ππππππππππ ππππππππππ πππππππ πππππππ ππππππππ ππππ ππππππ πππππ
ππ πππππ ππππ | ππππππ| ππππππππ ππππππ, πππππ
Hari ini Puan Hajjah Fadzillah Binti Mohd Yusof telah berbesar untuk terlibat dalam satu Majlis Perjumpaan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan & Penerangan Negeri Johor bersama Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Negeri Johor bertempat di Bangunan DatoβJaafar Muhammad, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor.
Seperti kita sedia maklum, banyak institusi penyedia TVET di negeri Johor. Terdapat pelbagai Institusi Pendidikan tinggi antaranya Politeknik, Kolej Komuniti, Institusi Pendidikan di bawah YPJ, Institusi Pendidikan di bawah MARA, dan banyak lagi.
Majlis perjumpaan ini diadakan bagi membincangkan dan membuat pemetaan atau mapping seterusnya menyusun semula program-program yang ditawarkan supaya semuanya menjadi lebih sistematik dan menepati keperluan dan kehendak pasaran pada hari ini.
Semoga perbincangan ini juga dapat memperkukuh kolaborasi dan memperkasa industri TVET di negeri Johor seterusnya dapat menyediakan bakat atau tenaga kerja yang mampu mengisi keperluan pasaran kerja di negeri Johor, terutamanya dalam mengisi keperluan tenaga kerja di dalam Johor-Singapore Special Economic Zone (JS SEZ) yang akan termeterai tidak lama lagi.
ππππππ¨π¦ ππππ π.π πππππππ πππππππ πππππππππππ, ππππππππππ πππππππ
ππ πππππ ππππ | ππππππ | ππππππππππ πππππππ
Pada 27 April 2024 sehingga 30 April 2024, Jabatan Perdagangan Politeknik Mersing buat julung kali pertama telah menganjurkan program BIZeCom Week 1.0. Tujuan program ini adalah untuk melahirkan pelajar yang seimbang dan holistik dalam bidang ilmiah, sukan, kebudayaan dan keusahawanan. Program ini juga dianjurkan sebagai satu usaha bagi memupuk dan meningkatkan kemahiran komunikasi, daya pimpin dan keyakinan para pelajar untuk mengelola setiap aktiviti yang telah dirancang dengan baik. Penganjuran BIZeCom Week 1.0 telah berjaya menyumbang kepada pencapaian KPI jabatan iaitu Program Pensyarah Pelawat Industri (PPI) dan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) bersama komuniti setempat.
Seramai 480 pelajar telah menyertai program ini, yang terdiri daripada 237 pelajar program Diploma Pengajian Perniagaan (DPM) dan 243 pelajar program Diploma Sains Kesetiausahaan (DSK). Program ini telah dirasmikan oleh Puan Norbizuna Binti Abd Rashid, Ketua Jabatan Perdagangan Politeknik Mersing. Turut hadir adalah para pensyarah Jabatan Perdagangan yang memberi sokongan kepada program ini.
Diharapkan melalui program ini, para pelajar dapat memperoleh pengalaman dan pengetahuan baru yang membantu dalam pembangunan kerjaya dan kehidupan mereka pada masa akan datang.