CAKNA EXAM SESI I 2024/2025 : PRIHATIN KEBAJIKAN PELAJAR DEMI KECEMERLANGAN
Majlis Perwakilan Pelajar dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah mengadakan agihan Cakna Exam sempena minggu peperiksaan akhir sesi I 2024/2025 bermula 23 November sehingga 14 Disember 2024. Agihan kali ini juga turut mendapat sokongan daripada jabatan-jabatan dan unit sokongan terutama dalam sumbangan dana serta penyediaan makanan berbungkus kepada pelajar. Objektif utama adalah untuk memastikan para pelajar mendapat makanan sebagai alas perut dan gembira menjawab peperiksaan akhir. Fokus utama agihan adalah kepada para pelajar yang menduduki peperiksaan sesi 8.30 pagi kerana mereka sudah pastinya tidak sempat untuk bersarapan hadir ke dewan peperiksaan.
Program Cakna Exam ini merupakan salah satu inisiatif JHEP dalam Caknasiswa membantu para pelajar yang mempunyai masalah kewangan dan menghadapi kos hidup yang tinggi. Jom Rewang juga telah diadakan pada 9 Disember lalu, melibatkan pengarah, isteri pengarah, para pensyarah dan staf sokongan bersama menyediakan sandwich untuk agihan pada hari tersebut. JHEP mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang menyumbang dana dan tenaga dalam menjayakan Cakna Exam kali ini. Semoga usaha ini dapat menyuntik semangat para pelajar fokus dalam peperiksaan akhir dan menjadi salah satu kenangan indah mereka di PMJ.