PERHIMPUNAN BULAN OGOS 2024 SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

28 OGOS 2024 | RABU | POLITEKNIK MERSING

Bersempena mengobarkan semangat jiwa Merdeka di kalangan warga Politeknik Mersing, unit BKP & UNIT-UNIT SOKONGAN telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi Bulan Ogos 2024 pada 28 Ogos 2024 di DMU, Politeknik Mersing yang bertemakan ‘Jiwa Merdeka’.

Pada kali ini turut diadakan perarakan kemerdekaan yang menyaksikan Unit BKP & Unit-Unit Sokongan memenangi acara tersedut. Pelbagai pengisian kemerdekaan turut dijalankan. Semoga dengan program seperti ini dapat merapatkan hubungan silaturrahim dan dapat meningkatkan semangat patriotisme dikalangan warga. Kemerdekaan negara akan bermakna jika disusuli dengan kemerdekaan jiwa.

Read More

FLAG OFF PASUKAN DEBAT DAN PEMIDATO PMJ

30 OGOS 2024 | KHAMIS | POLITEKNIK MERSING
Selamat Maju Jaya kepada Pasukan Debat dan Pemidato PMJ yang akan beraksi di Pertandingan Debat dan Pidato Piala Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) 2024. Pertandingan ini akan berlangsung dari 2 hingga 5 September 2024 di Politeknik Besut.
Pasukan Debat:
1. Choo Meing Qi
2. Ahmad Nazmi bin Mohd Hakimi
3. Suri Norfarisha Fazreen Binti Fuzlan
4. Mohammad Irsyad Hakimi bin Sabarudin
Pemidato:
Nur Izyan Ayuni binti Zulkafli
Marilah kita bersama-sama mendoakan kejayaan mereka dan berharap agar mereka dapat melangkah jauh hingga ke peringkat akhir. Semoga usaha dan dedikasi mereka membuahkan hasil yang cemerlang!
Read More

CSR SIRI JELAJAH JOM SELAMATKAN PANTAI KITA 4.0 PERINGKAT NEGERI JOHOR

25 OGOS 2024 | AHAD | PANTAI TG KEMPIT MERSING

Kelab Sukarelawan YES!Politeknik Mersing dengan kerjasama Skuad Alam Sekitar Bestari Malaysia (SASTARI- Johor) telah menganjurkan Program Corporate Social Responsibility (CSR): Siri Jelajah Jom Selamatkan Pantai Kita 4.0 Peringkat Negeri Johor. Program turut mendapat kerjasama Persatuan Doktor Pakar Johor, MRA Johor Daerah Mersing, PEMADAM Daerah Mersing dan Southern Volunteer Mersing.

Program ini melibatkan penyertaan 33 orang pelajar, 2 orang staf, beberapa petugas agensi, serta ahli komuniti setempat. Aktiviti dimulai dengan sesi taklimat oleh Pengerusi SASTARI-Johor yang memberi penerangan tentang kepentingan pembersihan pantai. Para peserta kemudian dipecahkan kepada 3 kumpulan bagi menjalankan aktiviti pembersihan pantai. Sebanyak lebih 800kg sampah telah dikutip dan pengasingan sisa telah dilakukan oleh setiap kumpulan. Seterusnya, sampah yang telah diasingkan diserahkan kepada pihak SWCorp untuk proses pelupusan.

Read More

PERTANDINGAN DIGITAL INNOVATION CREATIVEPRENEUR DICE 2.0 PERINGKAT KEBANGSAAN

18 OGOS 2024 | AHAD | NILAI, NEGERI SEMBILAN

Seramai 250 peserta dalam kalangan pelajar dan pensyarah IPT telah turut serta dalam penghasilan 48 projek kandungan digital kreatif yang terdiri daripada kategori animasi, filem pendek, aplikasi augmented reality, aplikasi virtual reality dan aplikasi permainan digital.
Untuk pengetahuan warga,kumpulan MONEY ARXCHANGE(MAC) telah menghantar penyertaan bagi kategori aplikasi augmented reality dan mendapat pingat gangsa dalam kategori tersebut.

Pasukan ini terdiri daripada:
1. Peh Jia Da
2. Khairulamirin Bin Azhar
3. Puteri Nurdalilah Syahirah Binti Mohd Najib
4. Nurul Afiqah Binti Mohd Zam

Terima kasih buat mentor dan warga PMJ yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan projek ini.
Semoga PMJ terus cemerlang dan menghasilkan usahawan yang berjaya.

Read More

CSR CINTAI SUNGAI ANDA: CLEAN UP THE DUMP

18 OGOS 2024 | AHAD | EMPANGAN LABONG, ENDAU, MERSING

Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Mersing telah menganjurkan Program Corporate Social Responsibility (CSR) “Cintai Sungai Anda: Clean Up The Dump” dengan kerjasama Pejabat Daerah Mersing, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS), dan Supreme Didactis.

Program ini melibatkan penyertaan 40 orang pelajar, 19 orang staf, beberapa petugas agensi, serta ahli komuniti setempat. Turut hadir sebagai tetamu jemputan adalah Penghulu Mukim Triang dan Ketua Kampung Felda Endau. Aktiviti dimulai dengan taklimat oleh Penolong Jurutera JPS yang memberi penerangan tentang kepentingan pembersihan sungai. Para peserta kemudian menjalankan aktiviti pembersihan sungai, memfokuskan kepada lumut dan rumpai air yang menghalang laluan air ke kawasan sawah padi.

Aktiviti ini turut dimeriahkan dengan kibaran jalur gemilang, sejajar dengan semangat sambutan bulan kemerdekaan. Agensi-agensi lain yang turut terlibat dalam program ini termasuk Majlis Daerah Mersing, Polis Daerah Mersing, SWCorp, dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Read More

GRANT AWARD: 2024 IEEE HTB TECH4GOOD PROJECTS

🎉 Congratulations! 🎉

We are thrilled to announce that Ms. Norazida Ali (Project Leader) and her team members Ts. Raja Faraazlina Raja Mohamed Junior, Mr. Mohd Fairuz Yaacob, and Ms. Maizahtulakma Mohd Khalid have successfully secured funding from the prestigious 2024 IEEE HTB Tech4Good Projects for their initiative, Green EcoCharge (GEC) Kiosk Project for Kampung Orang Asli Tewowoh, Mersing (24-T4G1-132) with the funding amount USD $8,820.
Well done! 🌟

Sukacita diumumkan bahawa Pn. Norazida Ali (Ketua Projek) bersama ahli pasukan dari PMJ iaitu Ts. Raja Faraazlina Raja Mohamed Junior, En. Mohd Fairuz Yaacob, dan Cik Maizahtulakma Mohd Khalid telah berjaya menerima pembiayaan daripada Projek IEEE HTB Tech4Good 2024 untuk inisiatif mereka, Projek Kiosk Green EcoCharge (GEC) untuk Kampung Orang Asli Tewowoh, Mersing dengan jumlah pembiayaan USD $8,820.
Syabas! 🌟

Read More

SEMINAR KENEGARAAN MADANI

21 OGOS 2024 | DEWAN PERMATA MARJAN POLITEKNIK MERSING

Seminar Kenegaraan MADANI telah berjaya dilaksanakan dan telah dihadiri seramai 376 orang pelajar terdiri daripada pelajar yang mengambil Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban pada semester ini.
Program ini adalah anjuran bersama YADIM Negeri Johor dan Politeknik Mersing sebagai satu medium pengenalan dan penerapan kefahaman konsep kenegaraan, perlembagaan, keselamatan negara serta nilai-nilai MADANI dalam kalangan mahasiswa. Antara pengisiannya adalah;

Slot 1 : Motivasi Kenegaraan MADANI – Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan
oleh En. Ahmad Fadhli Umar bin Aminolhuda
Pegawai Tugas-tugas Khas kepada YB Menteri Kesihatan

Slot 2 : Bicara Dasar Keselamatan Negara-Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama
oleh Puan Najwa Shuhaida binti Omar
Ketua Penolong Pengarah , Majlis Keselamatan Negara, Negeri Johor

Slot 3 : Wacana Madani- Peranan Masyarakat dalam Penghayatan Teras Malaysia MADANI
oleh YBrs. Ustaz Azam bin Abd Razak, Zamalah, YADIM Negeri Johor

Turut diadakan pengisian Kuiz Jiwa Merdeka kepada semua peserta melalui aplikasi Quizziz bagi menguji pengetahuan am para pelajar tentang kemerdekaan Malaysia. 10 orang peserta terbaik dipilih berdasarkan markah tertinggi dan masa terpantas menjawab.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Pengarah Politeknik Mersing, Ts. DR. Robert @ Kerk Swee Tian. Turut hadir sama adalah En. Mohd Khamis bin Mohamad Sani, Penolong Pengarah YADIM Negeri Johor. Bacaan Ikrar Rukun Negara juga telah diadakan yang diketuai oleh saudara Muhammad Ainulhaq bin Ali Mazat selaku YDP Majlis Perwakilan Pelajar, Politeknik Mersing.

Syabas dan Tahniah kepada YADIM kerana sentiasa berusaha dan mengambil tanggungjawab memberi pendedahan ilmu seimbang keduniaan dan ukhrawi kepada mahasiswa sebagi pelapis tunggak kepimpinan negara dalam mempersiapkan mereka mendepani cabaran semasa dan akan datang. Setinggi penghargaan juga diberikan kepada seluruh jawatankuasa program di atas komitmen padu dalam melaksanakan Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI ini.
Semoga semangat kerjasama dan kebersamaan ini dapat memartabatkan dan menzahirkan perpaduan menerusi interaksi dan seterusnya mengukuhkan lagi perpaduan di negara kita.

Read More

MESIN TWIN LASER CRAFT (TLC) RAIH PINGAT EMAS DI POLYCCOM 2024

25 JULAI 2024 | KHAMIS | NEGERI SEMBILAN

Politeknik Mersing memperoleh kejayaan cemerlang melalui produk inovasi bertajuk Twin Laser Craft (TLC) yang telah merangkul Pingat Emas dalam pertandingan POLYCCOM 2024 yang berlangsung di Kolej Komuniti Jelebu pada 24 & 25 Julai 2024. Produk ini telah diwakili oleh En. Abdul Salam Saad, En. Kamarul Faiz Mihaj, dan Ts. Mohd Salehin Abas dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE).
Kejayaan ini menjadi bukti komitmen dan dedikasi pensyarah dalam menghasilkan produk berkualiti tinggi dan berdaya saing di peringkat kebangsaan. Mesin TLC ini diiktiraf kerana keberkesanan, ketepatan, serta inovasi dalam penggunaan teknologi moden.

Seluruh warga Politeknik Mersing mengucapkan tahniah atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus mencipta inovasi yang lebih hebat pada masa hadapan.
Sekian, terima kasih.

Read More

PROGRAM KEUSAHAWANAN: INKUBATOR KEUSAHAWANAN – MODUL LATIHAN ASAS KEUSAHAWANAN

17 OGOS 2024, SABTU, TECC POLITEKNIK MERSING

Unit Keusahawanan, Politeknik Mersing telah melaksanakan program tersebut bersama 27 orang pelajar yang menjalankan perniagaan di bawah Inkubator dan kiosk di Politeknik Mersing . Antara perniagaan pelajar yang terlibat adalah Polywide Digital, Coffelicious@campus, Polysport, Polycakna, Sosejlicious, Polytravel, Pondok Ramen, Energypreneur dan CRAT PMJ.
Bengkel ini telah dikendalikan oleh En Mustafa bin Miskon yang merupakan tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang keusahawanan serta turut terlibat bersama-sama program di bawah INSKEN, MARii, IRDA, MARA, dan NCER. Beliau turut berpengalaman sebagai pengurus di beberapa syarikat di dalam dan luar Malaysia.

Pelbagai ilmu dan perkongsian berkaitan Business Model Canvas (BMC) termasuk penekanan terhadap kefahaman berkaitan segmentasi pelanggan, saluran perniagaan, sumber dan kos perniagaan serta aktiviti yang berlangsung dalam perniagaan. Di akhir bengkel, pelajar turut berjaya membina profail perniagaan masing-masing, sekaligus membantu pelajar untuk terus berjaya dalam melaksanakan operasi perniagaan masing-masing di Politeknik Mersing. Sekaligus mengembangkan perniagaan mereka di pasaran yang lebih luas.

Read More

POLITEKNIK MERSING JUARA KESELURUHAN DI MPCCEF 2024

18 OGOS 2024 | AHAD | TELUK CEMPEDAK, PAHANG

TAHNIAH & SYABAS diucapkan kepada pasukan pelajar PMJ yang berjaya menjadi JUARA KESELEURUHAN bagi program Malaysia Polytechnic & Community College English Festival 2024 di Teluk Cempedak, Kuantan.
Pasukan yang diwakili oleh Muhammad Shafiyradzy, Mitraasri Subramaniam, Tana Priya Dinapalan, Siti Raihana Redhuan & Shennie Tiong Li Li Hiponia cemerlang memenangi pertandingan Language Games, Explorescape & Tiktok Edutainment Challenge.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. 🥳🥳🥳

Read More