19 JUN 2025 | KHAMIS | POLITEKNIK KOTA BHARU, KELANTAN

Pada 15-19 Jun 2025, Kontinjen RELASIS Johor, yang terdiri daripada pelajar Politeknik Mersing Johor dan Politeknik Ibrahim Sultan, Johor Bahru telah menyertai 7th Malaysian Polytechnic RELASIS Annual Camp (MaLPRAC 2025) yang diadakan di Politeknik Jeli dan Politeknik Kota Bharu, Kelantan dengan penuh semangat kesukarelawanan, disiplin serta komitmen tinggi.

Daripada keseluruhan 11 kontinjen yang bertanding, RELASIS Johor telah berjaya meraih tempat ketiga keseluruhan dan secara rasmi dikategorikan dalam kategori emas.

Pencapaian Mengikut Acara:

Silang Budaya – Tempat Kedua

Kawad Kaki – Tempat Ketiga

Jalan Lasak – Tempat Keempat

Menembak – Tempat Keempat

Acara-acara yang telah berlangsung menunjukkan pelbagai kekuatan dan potensi dalam kalangan peserta RELASIS Johor. RELASIS Johor menunjukkan semangat dan potensi positif dalam semua acara yang disertai. Semoga usaha penambahbaikan yang dirancang membuahkan kejayaan dalam MaLPRAC 2026.

Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan, Tuan Hj. Ulaimi bin Yahya dan Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan, Politeknik Mersing, En. Ahmad Azlan bin Hamzah mewakili pengarah PMJ turut hadir dalam Majlis Penutup 7th MaLPRAC 2025.

Pihak Politeknik Mersing merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan Tahniah kepada semua peserta, jurulatih dan petugas yang telah mengharumkan nama negeri dengan semangat juang dan nilai kesukarelawanan yang tinggi.