𝟐𝟕 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐀𝐇𝐀𝐃 | 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆

🎉 Tahniah Jabatan Kejuruteraan Elektrik! 🎉

Sekalung tahniah diucapkan kepada Jabatan Kejuruteraan Elektrik kerana berjaya dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan dalam Karnival Sukan Antara Jabatan Sempena Piala Pengarah 2025 yang berlangsung pada 26-27 April 2025! 🏆💪

Antara acara sukan yang dipertandingkan:

🏸 Badminton

🏐 Bola Tampar

🥅 Bola Sepak

🏀 Bola Jaring

🥏 Sepak Takraw

Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Ts. Dr. Robert @ Kerk Swee Tian, Pengarah Politeknik Mersing, diiringi oleh En. Ahmad Azlan bin Hamzah, Ketua Jabatan Sukan, Ko-Kurikulum dan Kebudayaan.

💐 Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada barisan Pengurusan Tertinggi, jawatankuasa penganjur serta semua yang terlibat dalam menjayakan karnival ini. Semangat kesukanan, kerjasama dan ukhuwah yang ditonjolkan amat membanggakan! 🙌