Pada 11 April 2025 (Jumaat), Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), Politeknik Mersing telah menerima lawatan rasmi daripada 40 orang pelajar Tingkatan 5 Aliran Sains Komputer SMK Mersing bersama 4 orang guru pengiring dalam Program TVET@POLYCC Pilihan Kerjaya.

Program ini bertujuan memberikan pendedahan awal kepada pelajar sekolah menengah tentang laluan pendidikan dan kerjaya dalam bidang Teknologi Maklumat serta memperkenalkan persekitaran pembelajaran di institusi TVET.

Antara pengisian menarik sepanjang program ialah:

* Taklimat pendidikan dan kerjaya TVET

* Aktiviti simulasi asas kepada bidang pengkomputeran

* Lawatan ke makmal JTMK serta sesi interaktif bersama pelajar politeknik

Program ini bukan sahaja memberi inspirasi kepada para pelajar, malah mengeratkan lagi hubungan strategik antara institusi pengajian tinggi dan sekolah menengah di daerah ini.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua jawatankuasa pelaksana dan pihak SMK Mersing atas kerjasama yang sangat baik. Semoga usaha murni ini terus menyemarakkan semangat pelajar terhadap bidang TVET dan teknologi digital.