15 &16 JANUARI 2025 | KHAMIS | POLITEKNIK MERSING

Telah berlangsung Program PSH – Kursus Celik Arduino Siri 1 & Siri 2 selama 2 hari, anjuran Jabatan Kejuruteraan Elektrik di Politeknik Mersing. Kursus ini disertai oleh 58 orang pelajar dan 3 orang guru dari Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar, Mersing, Johor. Kursus ini dapat memberi kemahiran dalam teknologi Arduino untuk menguasai subjek yang berteraskan Revolusi Industri IR 4.0. Selain dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran, Arduino ini juga merupakan elemen teknologi yang penting untuk diaplikasi kerana ianya dapat membantu pembangunan pendidikan STEM, Robotik dan inovasi serta memupuk minat pelajar dalam menceburi bidang tersebut. Modul kursus adalah memberi pendedahan kepada peserta berkaitan pengaturcaraan bliking LED, kawalan dan rekabentuk sistem lampu isyarat, dan Lampu Automatik menggunakan penderia LDR dengan block C programming. Tahniah kepada semua peserta dan terima kasih kepada semua Jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan program ini.