𝟏𝟔 𝐉𝐀𝐍𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐊𝐇𝐀𝐌𝐈𝐒 | 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐀𝐙𝐌𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐒𝐇𝐈𝐌, 𝐔𝐓𝐌 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑

Politeknik Mersing telah mencipta sejarah apabila merangkul 𝐒𝐩𝐞𝐜𝐢𝐚𝐥 𝐑𝐞𝐜𝐨𝐠𝐧𝐢𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐒𝐮𝐬𝐭𝐚𝐢𝐧𝐚𝐛𝐢𝐥𝐢𝐭𝐲 𝐀𝐰𝐚𝐫𝐝 bagi 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐭𝐚𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫 dalam Malaysia GPM Sustainability Award 2024 yang telah berlangsung di Dewan Azman Hashim, Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur.

Dengan 𝟒𝟖 𝐩𝐫𝐨𝐣𝐞𝐤 𝐢𝐧𝐨𝐯𝐚𝐬𝐢 yang berfokuskan kelestarian, kejayaan ini menjadi bukti komitmen Politeknik Mersing dalam mendukung agenda pembangunan mampan negara. Anugerah khas ini mengiktiraf usaha bersepadu pelajar, pensyarah, dan warga Politeknik Mersing dalam menghasilkan projek yang memacu inovasi lestari. Projek-projek ini meliputi pelbagai bidang seperti teknologi hijau, pengurusan tenaga, inovasi bahan lestari, dan kesedaran masyarakat terhadap kelestarian alam sekitar.

Selain itu, penglibatan aktif pelajar menunjukkan potensi generasi muda sebagai peneraju masa depan dalam memperjuangkan kemampanan sejagat. Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan komitmen yang tinggi pada penyertaan kali ini. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga Politeknik Mersing untuk terus melangkah maju dalam menyokong agenda kelestarian global.