Telah berlangsung satu sesi Pembentangan Kertas Kerja bagi permohonan geran bantuan peralatan untuk peningkatan kemudahan – kompetensi orang muda Johor dalam Belanjawan Johor 2025. Sesi pembentangan ini diketuai oleh Puan Azreen binti Khamis, Timbalan Pengarah dan turut hadir sama ialah Puan Norbizuna binti Abdul Rashid, Ketua Jabatan Perdagangan, Puan Syakirah binti Mansor, Ketua Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi dan Ts. Raja Faraazlina, Ketua Unit Komunikasi Korporat.
Dalam sesi pembentangan ini, pelbagai kursus/latihan dirancang untuk pembangunan belia Johor dengan bantuan peruntukan geran peralatan yang memenuhi keperluan industri pada tahun 2025. Pelaksanaan program-program latihan ini dijangka memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi negeri Johor, khususnya dalam membina masyarakat belia yang kreatif,inovatif, dan berdaya saing di peringkat global. Politeknik Mersing amat berharap agar pembentangan geran bantuan peralatan ini dipertimbangkan dengan sewajarnya bagi merealisasikan misi meningkatkan kualiti pendidikan TVET dan menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi Johor. Kerjasama daripada pihak yang berkaitan sangat dihargai dalam usaha kita bersama untuk membina masa depan yang lebih cerah bagi generasi muda Johor. Terima kasih.