Dewan Permata Marjan PMJ hari ini bergema dengan kemeriahan sambutan Majlis Apresiasi 2024 anjuran bersama Jabatan Pengajian Am dan Jabatan Matematik Sains dan Komputer. Majlis ini bertujuan untuk mengiktiraf dan menghargai seluruh warga Politeknik Mersing yang memberikan sumbangan bakti dan perkhidmatan cemerlang kepada jabatan dan institusi sepanjang tahun 2024. Sebanyak 4 anugerah utama telah dipertandingkan pada majlis ini yang mengiktiraf prestasi cemerlang individu pada tahun ini.

Lebih istimewa, majlis yang mengangkat tema ‘Cita-Citaku’ pada tahun ini memberi peluang kepada para tetamu yang hadir untuk menggayakan pakaian bercirikan pekerjaan impian masing-masing. Majlis juga turut diserikan lagi dengan persembahan kreatif dari setiap jabatan. Politeknik Mersing mengucapkan sekalung tahniah kepada semua penerima anugerah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis. Diharap tahun 2025 akan terus menjadi tahun untuk kita menempa lebih banyak kejayaan dan kecemerlangan.

Penghargaan setinggi langit kurnia,
Bukan sekadar kata tetapi nyata,
Terima kasih atas segala jasa dan usaha,
Terus bersinar bagaikan bintang mempesona.