Unit Pengantarabangsaan PMJ dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah menganjurkan satu program yang berimpak tinggi iaitu International Mobility Student Exchange Program In Conjuction With UB Gateway in Malaysia pada 20 hingga 24 November 2024. Seramai 25 Orang pelajar dan 2 Orang Pegawai Pengiring dari Universitas Brawijaya, Indonesia telah menyertai program ini. Antara pengisian program ialah Seminar CRA, Seminar Kelestarian Marin bersama TIC, Culture Exchange, Campus Tour, Eksplorasi Johor dan pelbagai lagi.

Program ini adalah satu platform yang sangat bermakna dalam usaha untuk memperkukuhkan hubungan antarabangsa dan mempromosikan pertukaran budaya serta pengetahuan di kalangan peserta. Melalui program ini, peserta bukan sahaja akan berpeluang untuk belajar dan berkongsi pengalaman, tetapi juga untuk menggalakkan hubungan strategik antara Politeknik Mersing dan Universitas Brawijaya untuk kolaborasi berimpak tinggi. Semoga dengan penyertaan ini, kita dapat mencipta impak yang positif, meningkatkan interpersonal para pelajar dan merapatkan ukhwah antara kita semua. Sekalung penghargaan buat semua warga PMJ yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan program ini. Tahniah juga diucapkan buat semua peserta yang terlibat.