1 OGOS 2024 | KHAMIS | PULAU BESAR, MERSING

Polytechnic Social Responsibility(PSR): Program Pokok Angkat @Pulau Besar, Mersing yang telah berlangsung pada 1 Ogos 2024. Aktiviti penanaman anak pokok Kelapa Pandan dan sumbangan barangan kering kepada komuniti Pulau Besar Mersing adalah sebahagian dari aktiviti yang menyokong pencapaian matlamat Blueprint Smartgreen PolyCC 2021-2024 dan juga salah satu aktiviti dalam MPCCSustAward 2024 yg akan berlangsung di PMJ pada bulan September 2024 nanti.
Sebanyak 20 anak Pokok Kelapa Pandan telah disumbangkan kepada komuniti Pulau Besar, Mersing untuk ditanam di sepanjang lokasi yang ditetapkan. Demi untuk menyokong Matlamat Pembangunan Kemampanan (Sustainability Development Goals-SDGs), SmartGreen POLYCC PMJ telah menyahut cabaran untuk melaksanakan Program Pokok Angkat @Pulau Besar, Mersing dimana merupakan salah satu agenda dalam mengurangkan jejak karbon di Pulau Besar, Mersing. Simbolik perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Ts. Dr. Robert @ Kert Swee Tian dan YBrs. Tok Kelana Ali Kahar, Pengerusi JPKK, Ketua Kampung Pulau Besar.

Turut hadir sama ialah:-
1) YBrs. Puan Noor Nabilah binti Masnawi,
Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal), Pejabat Daerah Mersing sebagai Wakil Rasmi Pegawai Daerah Mersing.
2) YBrs. Tn. Hj Mohamad Yusof bin Sulaiman
Pengerusi SmartGreen PolyCC Malaysia
3) YBrs. Dr. LAr. Rohaniah binti Mohd Nor
Ketua Seksyen Teknologi, Bahagian Kurikulum, JPPKK
4) YBrs. En Abdul Hakim bin Rahmat
Pengurus Ayuha Village
5) YBrs. Ts. Murugan Krishnan
Pengerusi SmartGreen Politeknik Mersing

Semoga dengan penganjuran program ini dapat memupuk kesedaran kepada para peserta terutamanya komuniti setempat dalam memupuk semangat cintakan alam sekitar dalam usaha menyokong pengurangan karbon yang boleh menyebabkan peningkatan suhu global yang menjadi ancaman kepada negara. PMJ komited dalam menjadikan Mersing daerah pelancongan lestari. Terima kasih buat semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.