Pada 12 Mei 2024, SmartGreen Politeknik Mersing bersama Pelajar Kelab Mesra Alam telah megikuti Acara terakhir siri Pra-Persidangan Sidang Kemuncak SDG 2024: Wilayah Timur bertemakan “Tindakan Iklim dalam Menangani Impak Perubahan Iklim”, yang telah berlangsung di KampungStay@Teluk Buih, di Mersing, Johor. Program ini dianjurkan oleh ECERDC dengan kerjasama United Nations Development Programme (UNDP) yang disokong oleh Global Environment Centre (GEC), Tengah Island Conservation (TIC), dan Reef Check Malaysia.
Program pra-persidangan ini juga melibatkan sesi taklimat oleh UNDP, TIC, dan GEC mengenai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), aktiviti praktikal, dan penanaman pokok oleh peserta-peserta melebihi 30 orang yang terdiri daripada pelajar Politeknik Mersing serta pelbagai agensi dan pihak berkuasa tempatan.
Hadir di program tersebut adalah Dato’ Ragu Sampasivam, Ketua Pegawai Operasi ECERDC, Tn. Jamil Hasni bin Abdullah, Pegawai Daerah Mersing; En. Azfaazam Kasbani, Pengarah Pusat SDG Kebangsaan; Pn. Sheela Inthiram, Penolong Pengarah (Pembangunan Mampan) Bahagian Ekonomi Alam Sekitar dan Sumber Asli, Kementerian Ekonomi; En. Muhammad Lutfi bin Abbas, Penolong Pegawai Daerah Segamat; pegawai-pegawai alam sekitar dari Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor, wakil daripada Kementerian Ekonomi, Pejabat Daerah Mersing, Pejabat Daerah Segamat, dan para pemegang taruh utama lain.
Siri pra-persidangan bagi Sidang Kemuncak SDG 2024: Wilayah Pantai Timur ini merupakan yang terakhir sebelum membuka tirai Sidang Kemuncak Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Malaysia 2024: Wilayah Pantai Timur yang akan diadakan pada 19 Mei 2024 di Kuala Terengganu. Sekalung penghargaan kepada semua peserta yang telah memberi komitmen yang tinggi sepanjang program berlangsung.