JOHOR BAHRU, 30 SEPTEMBER 2025 – Majlis yang disempurnakan oleh YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor sebagai wakil rasmi DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa PERSADA, Johor Bahru turut dihadiri 32 orang pelajar DSK2A PMJ bersama pensyarah pengiring, Ustaz Suffian bin Mohd Fabilah.

PMJ mengucapkan tahniah kepada MAINJ dan berterima kasih atas segala pencapaian dan juga sumbangan selama 100 tahun dalam pembangunan ummah, kebajikan, dan sosial Islam di negeri Johor.

Para pelajar dan tetamu yang lain juga berkesempatan menyertai pelbagai program dan menyaksikan aneka pameran berkaitan jasa-jasa, sejarah, dan tokoh-tokoh MAINJ dalam memperkukuhkan institusi agama Islam di Johor.

*Gambar ihsan daripada Media MAINJ